Bil
|
Tarikh
|
Perkataan
|
Maksud
|
Contoh Ayat
|
1
|
2.1.2013
|
Absurd
|
mustahil, tidak masuk akal.
|
sesungguhnya adalah absurd berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.
|
2
|
3.1.2013
|
Abstrak
|
tidak berupa atau bersifat kebendaan tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera
|
kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dalam ciri-ciri abstraklukisannya.
|
3
|
4.1.2013
|
Adaptasi
|
penyesuaian dengan keadaan atau dengan sesuatu yang baru
|
Mereka harus tahu untuk membuat adaptasiterhadap kehidupan di tempat yang baharu itu.
|
4
|
7.1.2013
|
Ad hoc
|
sesuatu perkara yang dilakukan untuk tujuan tertentu tanpa perancangan awal
|
Pihak sekolah telah melantik jawatankuasa secara ad hoc bagi menangani kes keracunan itu.
|
5
|
8.1.2013
|
Adikarya
|
karya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa
|
Hikayat Hang Tuah dianggap sebagaiadikarya dalam masyarakat Melayu.
|
6
|
9.1.2013
|
Afdal
|
lebih utama
|
Mereka harus melakukan perkara-perkara yangafdal berbanding perkara remeh.
|
7
|
10.1.2013
|
Agroteknologi
|
teknologi yang berkaitan dengan pembangunan pertanian
|
Agroteknologi mampu memajukan pertanian di negara kita.
|
8
|
14.1.2013
|
Akademi
|
sekolah tinggi (pusat pengajian) yang mengajarkan sesuatu pengetahuan
|
Halim memasuki akademiitu untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang kesenian dan kebudayaan.
|
9
|
15.1.2013
|
Akauntabiliti
|
sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan
|
Mereka yang mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan mengkritik keputusan mahkamah untuk memastikanakauntabiliti institusi kehakiman.
|
10
|
16.1.2013
|
Ancala
|
Gunung
|
Kejadian tanah runtuh berlaku akibat perbuatan tamak manusia menarahancala untuk tujuan pembangunan
|
11
|
17.1.2013
|
Antibodi
|
bahan yang terbentuk dalam darah yang dapat mencegah pembiakan bakteria atau memusnahkannya.
|
Tubuh yang sihat mempunyai antibodiuntuk mencegah bakteria berbahaya.
|
12
|
18.1.2013
|
Arif
|
yang mengetahui (biasanya dirujuk kepada seseorang yang memahami sesuatu dengan mendalam)
|
Doktor pakar lebih arifdalam bidangnya berbanding doktor biasa.
|
13
|
21.1.2013
|
Asasi
|
menjadi dasar, yang menjadi pokok
|
undang-undang ini tidak mengganggu hak-hakasasi rakyat lain.
|
14
|
22.1.2013
|
Asimilasi
|
pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti kebudayaan
|
Masyarakat Baba Nyonya mengalami prosesasimilasi dengan masyarakat Melayu Melaka.
|
15
|
25.1.2013
|
Astaka
|
pentas khas yang dibina untuk sesuatu tujuan, terutamanya untuk acara tilawah al-Quran
|
Astaka itu dihias indah dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.
|
16
|
29.1.2013
|
Aspirasi
|
keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu
|
Para pemimpin yang dihormati sentiasa memahami aspirasi rakyat.
|
17
|
30.1.2013
|
Atmosfera
|
Lapisan udara yang mengelilingi bumi
|
Ruang atmosfera bumi kian menipis akibat pencemaran udara.
|
18
|
31.1.2013
|
Autoriti
|
kuasa atau hak (untuk memberi perintah, mengawal, membuat keputusan)
|
Sultan Melaka mempunyaiautoriti untuk menetapkan hukuman ke atas pesalah.
|
19
|
1.2.2013
|
Azali
|
sejak dahulukala, sejak permulaan zaman
|
Nasib tiap-tiap orang telah tertulis pada suratan azali.
|
20
|
4.2.2013
|
Azimat
|
bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit.
|
Segelintir masyarakat masih percaya bahawa tangkal azimat dapat mengelakkan mereka daripada penyakit.
|
21
|
5.2.2013
|
Babil
|
degil, tegar, keras kepala, kepala batu.
|
Usah bersikap babilterhadap orang tua kita.
|
22
|
6.2.2013
|
Bahana
|
kerana; oleh sebab
|
Tubuhnya kurus keringbahana menghisap dadah.
|
23
|
7.2.2013
|
Bahang
|
hawa panas yang dikeluarkan oleh sesuatu benda hangat.
|
Bahang unggun api itu terasa sampai ke sini.
|
24
|
8.2.2013
|
Baiah
|
perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa
|
Mereka melakukan upacara baiah bagi menunjukkan taat setia kepada pemimpin.
|
25
|
12.2.2013
|
Baku
|
diterima dan diakui; sah dan benar
|
Pemidato itu menyampaikan pisatonya dalam sebutan baku.
|
26
|
13.2.2013
|
Bantut
|
tidak jadi atau tidak dapat diteruskan (kerana terhalang)
|
Usaha itu bantut kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.
|
27
|
14.2.2013
|
Batat
|
tidak mahu empuk, tidak mahu gembur.
|
Sudah sejam Ella merebus ubi itu, namun ubi itu masih batat.
|
28
|
15.2.2013
|
Batil
|
batal, sia-sia; 2. tidak benar; 3. palsu;
|
Hanya dengan berbuat demikian, perkara yangbatil akan terhapus.
|
29
|
18.2.2013
|
Becak
|
berair serta berlumpur
|
Ali melangkah dengan hati-hati supaya tidak terpijak tanah yangbecak.
|
30
|
19.2.2013
|
Becok
|
bercakap dengan bising dan tidak henti-henti
|
Mereka becok bercerita tentang hal masing-masing
|
31
|
20.2.2013
|
Begap
|
tegap dan besar (tubuh dll);
|
Walaupun sudah tua, Pak Mat masih begap dan mampu bersawah.
|
32
|
21.2.2013
|
Bekah
|
cabik (pada jahitan), sobek.
|
Kain yang bekah itu masih boleh dipakai jika dijahit semula.
|
33
|
22.2.2013
|
Bekam
|
mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan cawan panas
|
Kesan bekam jelas pada belakang badannya.
|
34
|
25.2.2013
|
Belak
|
belang putih pada kulit (kerana sesuatu penyakit). 2 telau pada kayu (kerana urat kayu).
|
Belak pada kayu menyebabkan perabot itu kelihatan cantik.
|
35
|
26.2.2013
|
Benak
|
agak sukar atau lambat untuk menerima pelajaran atau sesuatu yang diajarkan
|
Termakan semut dipercayai boleh menyebabkan otak menjadi benak.
|
36
|
27.2.2013
|
Bening
|
jernih, hening
|
Suasana menjadi beningtatkala tengah malam menjelma.
|
37
|
28.2.2013
|
Benyai
|
benyek, lembik (dan berair) seperti nasi yang banyak air, lemah (tidak bertenaga), lenyai, letih, tidak ada nafsu kerja.
|
Nenek berleter kepada Limah kerana nasi yang dihidang agak benyai.
|
38
|
1.3.2013
|
Bersil
|
terpersil, terkeluar, tersembul.
|
Akibat penyakit aneh, matanya kelihatan bersil.
|
39
|
4.3.2013
|
Betapa
|
peri, alangkah
|
sekarang dia menyedari betapa mustahaknya papan tanda tersebut
|
40
|
5.3.2013
|
Bicarawara
|
rancangan radio atau televisyen yang mengandungi temu bual antara pengacara dengan tetamu undangan, berkaitan dengan tajuk tertentu.
|
Rancangan bicarawara itu sangat sesuai ditonton oleh mahasiswa.
|
41
|
6.3.2013
|
Biduk
|
sejenis perahu yang digunakan untuk menangkap ikan atau utk memunggah barang-barang di sungai.
|
Pada zaman moden ini,biduk semakin tidak digunakan lagi.
|
42
|
7.3.2013
|
Bilas
|
dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya, atau dijirus dengan air supaya bersih
|
Kita perlu bilas kain baju dengan air bersih.
|
43
|
8.3.2013
|
Bingkas
|
bergerak dengan cepat kerana disebabkan oleh sesuatu;
|
Ahmad bingkas bangun setelah namanya dipanggil oleh guru.
|
44
|
11.3.2013
|
Bintat
|
bengkak kecil pd kulit, biasanya gatal dan merah warnanya, akibat gigitan serangga, alahan, dan sebagainya
|
Bintat pada kulit biasanya akan sembuh setelah beberapa hari.
|
45
|
12.3.2013
|
Biodiversiti
|
kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadinya
|
Sarawak ialah tempat yang memiliki biodiversitiyang tinggi
|
46
|
13.3.2013
|
Cabik
|
koyak-koyak, robak-robak.
|
Pengemis itu memakai baju yang cabik untuk menagih simpati orang ramai.
|
47
|
14.3.2013
|
Cakna
|
ambil peduli, ambil berat
|
Semua ibu bapa wajib bersikap cakna terhadap anak-anak mereka.
|
48
|
15.3.2013
|
Canggih
|
moden dan kompleks, menarik, hebat dan moden.
|
Sekolah itu dilengkapi makmal yang serbacanggih.
|
49
|
18.3.2013
|
cerakin
|
melakukan penyelidikan atas sesuatu untuk mengetahui keadaannya
|
Jika kita cerakin air, kita akan mendapati bahawa air terdiri daripada hidrogen dan oksigen.
|
50
|
19.3.2013
|
Cocok
|
Padan, sesuai benar.
|
Sungguh cocok pasangan mempelai yang sedang bersanding itu.
|
51
|
20.3.2013
|
Conget
|
menganjur keluar, tidak rata.
|
Disebabkan keadaan sanggulnya yang congek, Datin Rosnah terpaksa berdandan semula agar kelihatan anggun.
|
52
|
21.3.2013
|
Corot
|
Terbelakang, tertinggal di belakang sekali.
|
Dia ingin membuktikan bahawa bekas murid kelascorot mampu berjaya dalam kehidupan.
|
53
|
22.3.2013
|
Culas
|
sangat malas; tidak tangkas
|
Pekerja kilang itu diingatkan agar tidakculas ketika bekerja.
|
07 April 2017
KOSA KATA BAHASA MELAYU
24 March 2017
11 Khasiat dan Manfaat Buah Pisang Kepada Kesihatan
Buah pisang sangat berkhasiat dan sedap. Ia mengandungi beberapa nutrisi yang sangat penting untuk badan – penghadaman, kardiovaskular dan mampu mengurangkan berat badan.
Artikel kali ini akan membincangkan 11 khasiat dan manfaat buah pisang untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.
Khasiat + Manfaat Buah Pisang Ke Atas Kesihatan
Berikut adalah di antara manfaat buah pisang ke atas kesihatan anda jika anda mengamalkannya mulai hari ini.
03 March 2017
INOVASI DALAM PERTANIAN KE ARAH JAMINAN BEKALAN MAKANAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Selayang pandang, sektor pertanian di Malaysia kini dilihat sebagai pemangkin utama dalam merancakkan perkembangan ekonomi negara. Mana tidaknya, pertanian membekalkan sumber keperluan makanan sebagai nadi kehidupan manusia. Aplikasi teknologi dan inovasi dalam bidang pertanian mutakhir ini adalah penjana sebenar industri pertanian negara termasuklah dalam sektor perladangan, penternakan dan industri asas tani. Dahulunya, aplikasi teknologi dalam sektor ini dipandang sebelah mata, namun bagi merealisasikan kelangsungan negara sebagai peneraju utama bahtera beberapa jenis komoditi dunia, kerajaan Malaysia telah memperkasa bidang pertanian melalui penyelidikan dan inovasi yang dijalankan. Inovasi dalam pertanian ditakyinkan sebagai sesuatu kaedah yang baru diperkenalkan dalam bidang pertanian seperti bioteknologi, kultur tisu, mikroorganisme berkesan dan sebagainya yang dilihat mampu merancakkan sektor pertanian di negara kita setaraf dengan negara maju yang lain.
Apabila Kementerian Pertanian dijenamakan semula kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hal ini menggambarkan betapa sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian mempunyai hubungan bagai isi dengan kuku yang saling melengkapi. Kerajaan memberi penekanan yang besar terhadap sektor perladangan yang boleh memberikan pendapatan besar terhadap ekonomi negara, khususnya perladangan kelapa sawit. Penubuhan MPOB atau Malaysian Palm Oil Berhad iaitu agensi kerajaan yang diasaskan untuk membangunkan penanaman sawit dengan barisan penyelidik dan tenaga pakar yang sentiasa menjalankan penyelidikan adalah tepat pada masanya. Kita akan saksikan
17 February 2017
6 Langkah Jauhi Jangkitan Kuman & Bakteria
Kuman dan bakteria boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit kepada kita semua, terutama bagi orang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Oleh itu, sekiranya anda adalah orang yang mementingkan kesihatan dan tidak suka sakit, maka perlulah tahu bagaimana untuk jauhi jangkitan kuman dan bakteria tersebut.
Artikel kali ini akan menyenaraikan 6 langkah yang anda boleh ikuti untuk mencegah kuman.
Langkah-Langkah Jauhi Jangkitan Kuman
Ikuti beberapa langkah yang boleh diambil jika mahu menjauhi sebarang jangkitan kuma berjangkit.
03 February 2017
8 Langkah Menguruskan Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik
Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal. Kemahiran menguruskan wang. Sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa.
Kemahiran ini tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu.
Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.