PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

10 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 4



(1)           CERPEN BIARKAN SAMUDERA

Petikan 1
“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu… “Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam…(m.s.177)

 i.         Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir? [2m]
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang  
   sah                                                                                                  

ii.        Pada pendapat anda, nyatakan  tiga punca berlakunya pencemaran laut? [3m]
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa  kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.

iii.       Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4m]
Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut:
Cth: laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya bergelora kerana disakiti oleh 
orang yang tidak bertanggungjawab.

- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-
            Cth: Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
            - Persoalan menghargai alam sekitar
Cth: Ayah Mir sangat menghargai dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.

- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
Cth: Hidup  Amirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan.

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 3


(1)            CERPEN MELLISA

Petikan 1
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis…. Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu… (m.s.153)

i)         Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? [2m]       
            - perasaannya tergugah
            - berasa malu / mukanya menjadi merah
            - berasa gugup                                                                                 

ii)       Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika     berada dalam sesuatu majlis?  [3m]      
            - memberi salam / menyapa
            - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
            - beramah mesra / berbual / bergaul                                             

iii)   Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada Keseluruhan cerpen.                                         
            Latar masyarakat dalam petikan
            - Masyarakat yang peramah.
Cth: Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa  sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
           
- Masyarakat penulis.
Cth: Syahid merupakan penulis rencana dalam akhbar.
                                                                                                                       
            Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
            - Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.
Cth: Mellisa amat cinta akan  negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

            - Masyarakat  berbilang kaum yang hidup harmoni.
Cth: Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
           
-       Masyarakat pelajar yang gigih.
 Cth: Mellisa  amat tekun menyiapkan tesisnya  dengan membuat rujukan terperinci  dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

09 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 2



(1)           CERPEN PEMAIN CATUR

Petikan 1
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja…. Um menuduh Uj….(m.s.151)

i.  Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap   keadaan ibu? (2m)
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin   ahmar

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian  dalam keluarga? (3m)
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi

iii.  Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. (4m)
Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga
Cth: Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja

- sikap mementingkan diri sendiri
Cth: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran
Cth: Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur

- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Cth: Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam

- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga
Cth: Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj

- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Cth:  Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka

- ketidakjujuran dalam tindakan
Cth: Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur

08 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 1



(1)           CERPEN IBU DAN CEPER

Petikan 1
 Ibu tidak lagi cergas………..Aku masih ingat waktu itu… (m.s102)

i.      Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti. [2m]
Kesan-kesan yang terjadi:
- air sungai menjadi keruh macam air susu
- sampah sarap dipunggah bersama
- menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya
- memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata
- pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja

ii.     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi? [3m]
Pada pendpat saya - Langkah-langkah:
• membina tebatan / benteng / penghadang banjir
• mendalamkan dasar sungai / melebarkan sungai yang berdekatan
• membina pintu air / kunci air 
• membina sistem saliran / perparitan
• membersihkan sungai daripada sampah sarap

iii.      Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Persoalan dalam petikan:
-         Kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam.
Cth: Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah.
-         Ketabahan menghadapi rintangan hidup.
Cth: Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa sahaja ujian atau cabaran pada siang hari 

15 April 2015

Sajak Buat MH370 – Hilang Tanpa Jawapan

Sajak Buat MH370 – Hilang Tanpa Jawapan


~Hilang mu tanpa jawapan..dan aku masih menunggu MH370~
Aku melihat ke langit biru
tiada awan putih gebu
lautan langit begitu meluas
tenang dan masih membiru
dan dapat ku rasakan angin meniup lembut
saat ku terbang tinggi dengan sayap gah
menjuru terbang ke laluan destinasi
dan aku tetap masih terbang
senyap indah sesunyi kedamaian dihati

Aku tidak tahu
dirimu sudah pergi menghilang sepi
aku tidak tahu khabaran mu yang menyayat hati
aku tidak sanggup menerima berita mu yang ngeri
aku tidak mahu pengakhiran mu terkubur dilautan hindi
dan aku enggan mahu menitis air mata ini
aku enggan mahu percaya sebenarnya
untuk ku terima kebenaran tragis begini

20 November 2014

FRASA, AYAT, UNGKAPAN YANG MENARIK & MATANG



DIMENSI
MENARIK
MATANG














REMAJA
- “Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda.
- Pujangga pernah mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negaradan sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi.
- Remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal dan penuh dengan perasaan sering menganggap bahawa segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain dan suka mencuba sesuatu yang baharu.
- Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda.
- Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.
- Generasi hari ini sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana mereka berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman. Natijahnya, wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang rapuh dalam diri mereka.
- Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat  mencintai hiburan.
Bill Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah..
Soekarno, Presiden Indonesia pertama – Berikanlan saya sepuluh orang remaja, pasti saya akan gegarkan dunia.
- Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
- Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah,pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
- Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara.
- Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.
- Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul / holistic / kamil.
- Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat,seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan sundal

- Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
- Menerusi Kementerian Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah.
- Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita.
- Dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratusdiperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini, remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya serta ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”.
- Hal ini cukup bertepatan dengan langkahKementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak.
- Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah.
- Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya.
- Kajian juga mendapati hampir 80 peratusanak-anak bukan saja dapat melayari Internet, malah mereka mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook, twitter dan laman sosial lain untuk berhubungan manakala hanya 20 peratusuntuk belajar. Mereka ini akhirnya terpengaruh dengan…
- Kajian didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial ‘facebook’ rasminya hampir 50 peratusdaripada individu terbabit ialah remaja perempuan belasan tahun.
- Menurut teori komunikasi terkenal, ‘Magic Bullet Theory’ yang
diperkenalkan Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya 
mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif  
kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru 
dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat,
sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.
  -  FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia)  mendedahkan kajian yang dibuat pada 2005 yang  membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka dengan
menonton.
- Kajian  yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun
masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan
turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas
daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga
dan rakan selain pengaruh ajakan rakan-rakan.






IBU BAPA
- Ibu bapa perlu bertindak sebagaiegen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak
- Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk kejayaan anak-anak. Keluarga merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang.
- Anak-anak ibarat sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga. Walau seberapa buruk sekalipun, kasih sayang tidak pernah luntur. Oleh itu, tidak wajar ibu bapa mengabaikan anak mereka lantaran anak-anak sudah mencecah usia remaja.
kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baruberumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif.
Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim
- Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab hakiki mereka untuk mendidik anak yang mendahagakan kasih sayang mereka.
- Peribahasa mengatakan bahawatiada harimau yang membaham anak sendiri (sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak).
- Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindahwarna pelangi atau semalap masa depannya. / Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.
Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak
Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. (Kepentingan didikan agama dan moral)
- Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikianlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani.
- Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatahalang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang.
- Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsisemata-mata.
- Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Jadi, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.

- Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
- Menurut Dr. Ting Chew Peh, segelintir pelajar yang membolos sekolah berkait rapat dengan keruntuhan rumah tangga.
- Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata mereka.
- Memetik kata-kata mantan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.
- Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan rakyat yang terlibat dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.
- Kempen yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’.
Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia denganmentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka.
- Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah.









MASYARAKAT
- Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun keranarambut sama hitam, hati lain-lain.
- Mafhum daripada sepotong hadis nabi yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit  benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan  merupakan aset  besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun.
- Mafhum daripada sepotong maksud hadis yang menyatakan bahawakehidupan kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam. Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini.

Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.
Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri.
- Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah bank terkemuka
mendapati hanya dua bagi setiap lima  individu atau 39 peratus
rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung.
-  Menurut statistik Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, setiap 15
 minit akan berlaku satu perceraian. Perangkaan ini menunjukkan
betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di Malaysia  dan keadaan ini
dapat disinonimkan bagai telur di hujung tanduk.
 - Hanya 35.6 peratus sahaja remaja yang lari dari rumah datang
dari keluarga yang bercerai-berai manakala22.2 peratus remaja
mempunyai bapa yang berpoligami
- Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan
masalah sosial remaja atau hampir 50 peratus berpunca daripada
keluarga yang konflik.
-  Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan
- Kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua
buah buku pada 2005  kepada lapan hingga 12 buah buku setahun
pada 2010






NEGARA
- Jenayah dapat diibaratkan sebagaimusuh dalam selimut kepada negara.
Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang mencatatkan titik hitamdalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali.
- Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastik dan radikal yang sedang melanda seanteropelosok negara, hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan.
Mantan Presiden Amerika Syarikat, JF Kennedy  - Usahlah disoal apakah sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada Negara
- Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku.
- Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.

 - “Bersyukur kita kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif." Kenyataan yang disuarakan oleh Dato' Seri Dr.Ng Yen Yen, mantan Menteri Pelancongan Malaysia dalam laman web rasmi kementerian beliau memperlihatkan bahawa Malaysia merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan tersohor di rantau ini.
- Menurut kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, "...kita dapat berkenalandan menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020”
- Menurut satu kajian yang dijalankan olehJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hampir 50 peratus kejadian kemalanganyang menyebabkan kematian berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.
Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang.
Tun. Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Mentari Britain, John Prescottmenyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.
- Mengikut statistik yang dikeluarkan olehKementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga menunjukkan bahawa antara punca prima yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja hilang ialah masyarakat pluralistik di Malaysia bersikap nafsi atau mementingkan diri sendiri.
- Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari 2012. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd. Bakri, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.
- Di Amerika Syarikat, National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway Children (NISMART) telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun 2005. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada setiap 26 saat”.

04 November 2014

(Contoh Karangan) FAKTOR JEREBU


Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

16 October 2014

Sedarlah Wahai Sahabatku (Bersatulah Rakyat Malaysia)

Sedarlah wahai sahabatku

Suatu waktu dahulu…kita bebas bermain…
suatu waktu dahulu kita bebas berlari…
suatu waktu dahulu kita bebas di bumi ini…

Kini…bumi ini tidak lagi seperti dahulu…
jarak usia semakin merangkak ke angka yg jauh….
kini….kita juga telah berbeza…
larian kita juga berbeza kerna kita mengejar masa…
kini …kita berbeza…kerna …jiwa kita berbeza…..
kini…kita berbeza …kerna haluan kita sudah berbeza….
kini….tanah ini….berbeza…kerna tanah ini ….bukan lagi milik kita…

Kita perlu sedar apakah wasiat nenek moyang kita..
Kita perlu sedar apakah hala tuju kita…
Kita perlu sedar apakah nasib kita nanti….
Kita perlu sedar apakah tinggalan buat anak-anak kita di hari mendatang….

Jiwa kita perlu dibajai semula…
Hati kita perlu disirami semula…
Ukhwah kita perlu dieratkan semula…
Silaturahim kita perlu dirapatkan semula….
Demi agama, bangsa & negara di bumi Malaysia ….

Bersatulah kita wahai rakyat Malaysia…
Bersatulah kita wahai Melayu…
Bersatulah kita wahai insan terpelajar…
Bersatulah kita di bawah satu naungan…
Bersatulah kita di bawah langit yang cerah…

Biarlah ia menjadi milik kita yang abadi hingga akhirnya….
Bersatulah demi sebuah harapan pada sebuah impian….
agar senyuman dapat lagi terukir di bibir….
Tak kan Melayu hilang di dunia !!!
Perjuangan kita belum selesai !!!
Nukilan:
Arieza Eja (Rumaizah Khuzaimah )
21 Februari 2013.

10 October 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 7



TAJUK 7 : LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI  MURNI DALAM KALANGAN REMAJA
PENDAHULUAN

(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki  dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”.  Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh. 

08 October 2014

CONTOH KARANGAN PRAPERCUBAAN SPM 6



TAJUK 6: PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEMANFAATKAN INTERNET
            Marcapada, internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar dikagumi dan dalam masa yang sama merupakan satu kepentingan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana hanya internet yang memberikan kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara meluas tanpa had kepada pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu mengakses seluruh alam maya tanpa perlu bermandi peluh. Namun begitu, isu penyalahgunaan internet bukanlah suatu isu baharu. Terdapat manusia sanggup melakukan penyalahgunaan internet untuk memuaskan nafsu diri demi kepentingan diri dengan melakukan pencerobohan maklumat dan menyebarkan berita palsu. Maka tidak hairanlah jenayah siber kian hari kian serius bagai duri dalam daging. Oleh itu, setiap individu perlu tahu akan kelebihan, keburukan dan cara mengakses internet, termasuklah ibu bapa. Sebahagian besar ibu bapa masa kini handal menggunakan internet manakala sebahagian kecilnya tidak. Namun begitu, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk mempelajari secara khusus berkenaan dengan internet. Sekiranya ibu bapa sudah ‘mengenali’ internet, maka dengan mudah ibu bapa mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet dan secara tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada hari ini?

            Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar, “Seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Anak-anak yang diasuh dan dibesarkan dengan didikan agama yang mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika melayari laman sesawang. Sebagai contoh, anak-anak tidak akan melayari laman sesawang yang mengandungi unsur pornografi yang mampu mencemarkan minda dan sekali gus mampu mendorong meruntuhkan akhlak anak-anak yang masih separa matang. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan menggunakan internet untuk menjejaskan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat dengan menyebarkan fitnah malahan mereka akan menggunakan internet untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada masyarakat. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni, sudah pasti akan lahirlah insan yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, mereka dapat menggunakan internet dengan baik dan bijak.       
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket