10 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 4



(1)           CERPEN BIARKAN SAMUDERA

Petikan 1
“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu… “Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam…(m.s.177)

 i.         Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir? [2m]
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang  
   sah                                                                                                  

ii.        Pada pendapat anda, nyatakan  tiga punca berlakunya pencemaran laut? [3m]
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa  kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.

iii.       Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4m]
Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut:
Cth: laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya bergelora kerana disakiti oleh 
orang yang tidak bertanggungjawab.

- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-
            Cth: Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
            - Persoalan menghargai alam sekitar
Cth: Ayah Mir sangat menghargai dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.

- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
Cth: Hidup  Amirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Suara garau ayahkah yang……. “Ayah yakin samudera tetap akan terus….(m.s.181)

i)       Apakah harapan ayah Mir kepadanya setelah lulus nanti seperti yang terdapat dalam petikan. [2m]
- Mencari kerja yang baik
- Membina mahligai sendiri                                                            

ii)     Pada pendapat anda, nyatakan tiga peranan anda untuk membahagiakan ibu bapa. [3m]
-  Belajar bersungguh-sungguh
            -  Mencapai kejayaan dalam pelajaran
-  Mendapat pekerjaan yang baik
-  Menjadi anak yang baik / soleh
 - Berbakti kepada agama, bangsa dan negara                          

iii)   Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4m]
Pengajaran daripada petikan
- Kita hendaklah berusaha untuk memenuhi harapan ibu bapa
Cth; Ayah berharap agar  Mir menjadi penerus dan pewaris untuk menjaga samudera.

- Kita mesti menghargai dan menjaga alam sekitar
Cth: Ayah Mir amat menghargai dan  menjaga kebersihan laut yang telah banyak berjasa dalam kehidupannya.
                                                                                                           
            Pengajaran daripada keseluruhan cerpen
- Kita perlu membantu rakan yang menghadapi masalah,
Cth: Hakimah  berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami tekanan jiwa.

- Sebagai manusia, kita perlu berdoa serta berusaha untuk mengatasi konflik yang  dialami
Cth: Amirah seharusnya mendekatkan diri kepada Allah dan berdoa    agar  jiwanya menjadi tenang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
Hakimah angguk….. Barangkali, dia sewajarnya tidak terus…(m.s.180)

i.         Apakah pendapat Hakimah terhadap konflik yang dihadapi oleh Mir? [2m]
-   Mir tidak akan menghadapi konflik jiwa jika dia masih mempunyai
ibu
-  Mir tidak harus terlalu memikirkan masalahnya sehingga mengganggu fikiran dan perasaannya.

ii.        Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapinya? [3m]
-    menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah
-    membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat
-    sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya
-    membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupakan masalahnya
ii.      Huraikan satu nilai dalam petikan dan dua nilai yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Dalam petikan:
-     kesyukuran
Cth: Hakimah bersyukur kerana mempunyai ibu yang baik hati
Dalam cerpen:
-     bersimpati.
Cth: Hakimah simpati kepada Mir yang mengalami konflik jiwa

-     keinsafan
Cth: Amirah akhirnya insaf akan sikapnya yang tidak tabah menghadapi masalah sehingga mengalami konflik jiwa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT

1.  Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk membalas jasa ayah?
-         dengan pencapaian cemerlang dalam pelajaran
-         menyediakan semua kemudahan dan keperluannya sehingga akhir hayat
-         mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayahnya.

2.     Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan seseorang?
-    berfikiran positif iaitu kemiskinan bukanlah suatu halangan untuk mencapai kejayaan
-   mengamalkan budaya menabung wang dan berbelanja secara berhemah supaya wang lebihan dapat digunakan pada kemudian hari
-     menyambung pelajaran supaya memenuhi syarat-syarat untuk memohon pekerjaan yang bergaji lumayan.

 3.  Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya?
-         menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah
-         membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat
-         sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya
-         membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupakan masalahnya

4.   Jelaskan tiga cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem terutamanya di laut.
-    memulihara alam sekitar dengan baik
-   mengelakkan pembuangan sampah serta sisa buangan, terutamanya di laut dan sungai
-   mengelakkan pembangunan berdekatan dengan laut keran hal ini akan mencemarkan air laut.

5. Sekiranya anda Mir, apakah punca-punca yang menyebabkan anda mengalami skizofrenia?
-         tidak mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia sejak lahir
-         rumah dirobohkan kerana tempat itu akan dibina pusat pelancongan
-         mengenang nasib ayah seorang nelayan tua

6.     Pada pendapat anda, mengapakah Mir sentiasa mengingati ayahnya?
-    kerana ketika hayatnya ayahnya selalu mendampinginya sama ada ketika susah atau senang
-    ayahnya pernah melalui kehidupan yang penuh penderitaan, jadi Mir rasa bersalah jika tidak dapat membahagiakan ayahnya.
-   ayahnya seorang bapa yang pengasih menyebabkan dia teringat curahan kasih sayang yang pernah diterima

 7.  Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk memulihkan semangat Mir?
-         mengajak dia melancong
-         selalu menemaninya berbual
-         mengajak dia balik kampung untuk bertemu dengan keluarga
-         membawanya berjumpa dengan pakar.

8. Sekiranya anda Mir, adakah anda akan mengalami keadaan seperti dirinya? Mengapakah anda berpendapat demikian?
-     saya tidak akan mengalami keadaan seperti yang dilalui orang lain kerana saya akan bersikap positif serta berfikiran rasional menghadapi dugaan hidup sedemikian
-   saya juga akan berbincang dengan rakan-rakan tentang permasalahan saya. Jikalau perlu, ayah juga akan diajak berunding dalam hal ini bagi meredakan kesedihan hatinya atas kehilangan rumah yang menjadi kenangan kami buat selama-lamanya itu
-   saya akan berdoa supaya perkara yang berlaku merupakan ketentuan Allah dan menjadi perkara terbaik nuat kami pada masa hadapan.

9.  Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat berbakti kepada samudera? Kemukakan tiga cara anda berbakti kepada samudera.
-         dengan cara menulis makalah tentang keburukan mencemari samudera
-         akan menyokong dan menyertai aktiviti membersihkan samudera
-         akan membantah pembangunan yang boleh menjejaskan keaslian samudera

10.       Seandainya Mir ialah anda, apakah yang perlu anda lakukan apabila 
mendengar  pesanan ayah tentang pembangunan di kawasan pantai?
-   saya akan menyokong setiap pembangunan yang ingin dilaksanakan di kawasan pantai namun pembangunan tersebut haruslah mematuhi garis panduan agar kawasan pesisiran pantai tidak terjejas
-     saya akan mematuhi arahan agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai

11.       Sekiranya anda ialah Hakimah, mengapakah anda bersungguh-sungguh mahu 
membantu Mir? Berikan tiga sebab anda mahu membantu Mir.
-         Hakimah sangat kasihan akan diri Mir
-         Mir ialah sahabat rapat Hakimah
-         Hakimah telah dididik menjadi orang berbudi oleh ibunya

12.      Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk 
           membalas jasa ayah? 

-         dengan pencapaian cemerlang dalam pelajaran
-         menyediakan semua kemudahan dan keperluannya sehingga akhir hayat
-         mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayahnya.

13.      Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan seseorang?
-   berfikiran positif iaitu kemiskinan bukanlah suatu halangan untuk mencapai kejayaan
-  mengamalkan budaya menabung wang dan berbelanja secara berhemah supaya wang lebihan dapat digunakan pada kemudian hari
-  menyambung pelajaran supaya memenuhi syarat-syarat untuk memohon pekerjaan yang bergaji lumayan.

14.      Sekiranya anda rakan Mir, apakah tindakan anda untuk membantu  
            menyelesaikan masalah yang dihadapinya? 

-         menasihatinya supaya menerima dugaan hidupnya dengan tabah
-         membawanya bertemu dengan kaunselor untuk meminta nasihat
-         sentiasa bersama-samanya dan mengawasi tingkah lakunya
-         membawanya bersiar-siar agar dia dapat melupan masalahnya

 15.     Jelaskan tiga cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem terutamanya di 
           laut.
-    memulihara alam sekitar dengan baik
-   mengelakkan pembuangan sampah serta sisa buangan, terutamanya di laut dan sungai 

-   mengelakkan pembangunan berdekatan dengan laut kerana hal ini akan mencemarkan air laut.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]