10 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 3


(1)            CERPEN MELLISA

Petikan 1
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis…. Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu… (m.s.153)

i)         Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? [2m]       
            - perasaannya tergugah
            - berasa malu / mukanya menjadi merah
            - berasa gugup                                                                                 

ii)       Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika     berada dalam sesuatu majlis?  [3m]      
            - memberi salam / menyapa
            - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
            - beramah mesra / berbual / bergaul                                             

iii)   Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada Keseluruhan cerpen.                                         
            Latar masyarakat dalam petikan
            - Masyarakat yang peramah.
Cth: Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa  sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
           
- Masyarakat penulis.
Cth: Syahid merupakan penulis rencana dalam akhbar.
                                                                                                                       
            Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
            - Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.
Cth: Mellisa amat cinta akan  negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

            - Masyarakat  berbilang kaum yang hidup harmoni.
Cth: Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
           
-       Masyarakat pelajar yang gigih.
 Cth: Mellisa  amat tekun menyiapkan tesisnya  dengan membuat rujukan terperinci  dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Dia mulai suka dengan anak muda ini…. Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam….(m.s.155)

i)       Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid?  [2m]           
            - bersikap terbuka
            - suka mendengar bicaranya.
            - suka melihat mimik mukanya.
            - suka melihat senyumannya.
            - Syahid seperti Hisyam                                                                  

ii)     Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita kenali? [3m]                             
            - memerlukan masa untuk mengenalinya
            - sibuk dengan urusan yang lebih penting
            - takut difitnah / pandangan serong masyarakat
            - bimbang akan keselamatan diri                                                  

iii)    Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada keseluruhan cerpen. [4m]
            Persoalan daripada petikan
            - Sikap berhati-hati dalam perhubungan dengan orang lain. 
Cth:  Mellisa berhati-hati dalam perkenalannya dengan Syahid.
                                                                                                                       
            Persoalan daripada keseluruhan
            - Persoalan pengorbanan diri untuk negara.
Cth: Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
           
- Persoalan persengketaan antara kaum.
Cth: Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa  dalam  perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.


Petikan 3
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini…. Sebelum dia mati,…(m.s.171)

i.                    Mengapakah Mellisa sayang akan negara ini? [3m]
-          kerana Mellisa warganegaranya
-          dia dibesarkan dan bersekolah di negara ini
-          Mellisa tidak dapat hidup di negara lain walaupun negara lain lebih maju berbanding negaranya kerana cara hidup dan budaya berfikir yang berbeza

ii.                 Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera? [3m]
-          kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara
-          dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.

iii.               Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang diperoleh daripada cerpen ini. [3m]
Dalam petikan:
-          perasaan cinta akan negara.
Cth: Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan rakyat negara ini hidup aman damai

Tema: cinta antara dua budaya.
Cth: Mellisa terpisah hubungan dengan kekasihnya Hisyam dalam tragedi 13 Mei 1969 dan peristiwa itu menyebabkan dia bersemangat kental untuk mengekalkan keamanan negara.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT

1.     Adakah anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam? Berikan alasan anda.
Ya, saya setuju kerana:
-     Syahid mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan gadis berkenaan
-     wajah Syahid mirip Hisyam yang pernah akrab dengan gadis itu
-     walaupun dahulu Hisyam agak berisi tubuhnya namun ada tanda-tanda dia akan tinggi seperti bapanya.

2.     Mengapakah Mellisa tidak dapat melupakan Hisyam?
-          cintanya yang sebenar kerana cinta pandang pertama
-          Hisyam pandai memujuk ketika dia sedang merajuk
-          Hisyam selalu memuji dia pandai memasak

3.     Pada pendapat anda, mengapakah Mellisa menyertai pasukan tentera?
-          kerana ingin menjaga keamanan dan keselamatan negara
-      dia tidak mahu terjadi lagi peristiwa 13 Mei yang telah mengorbankan Hisyam yang begitu dikasihinya dan banyak menyebabkan nyawa lain terkorban.

4.     Farid memperkenalkan Syahid kepada Mellisa. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mellisa memilih sahabat yang baik?
-          Kita perlulah mengetahui latar belakang sahabat itu menerusi rakan-rakannya
-          sahabat yang dipilih perlulah mempunyai akhlak yang mulia
-         kita perlulah mempunyai keserasian agar mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit.

5.     Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistemdevide et empera ataupun “pecah dan perintah” terhadap penduduk Tanah Melayu?
-            kerana Inggeris tidak mahu rakyat Tanah Melayu bersatu hati.
-          Sekiranya perpaduan wujud, sudah tentu lama-kelamaan mereka akan memberontak dan menentang penjajah Inggeris
-          Apabila pengenalan kaum dilakukan, mudahlah untuk Inggeris melaksanakan apa-apa sahaja yang hendak dilakukan kerana setiap kaum mempunyai pendirian dan pendapat masing-masing

6.     Rusuhan kaum mendatangkan berbagai-bagai masalah kepada rakyat dan negara. Nyatakan tiga masalah.
-          menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat
-          membantutkan usaha kerajaan untuk membagunkan negara
-          imej negara juga akan terjejas

7.     Sekiranya anda Syahid, wajarkah anda mencari perempuan lain apabila mengetahui Mellisa bertindak demikian? Kemukakan tiga alasan untuk menyokong pendapat anda.
-          saya tidak akan mencari perempuan lain kerana Mellisa memang mencintai saya dan saya juga demikian
-          Mellisa meninggalkan saya semata-mata untuk kepentingan negara
-          saya tidak mahu dianggap sebagai orang yang mementingkan diri

8.     Mellisa teringatkan jasa Hisyam terhadapnya. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya agar rakan kita sentiasa mengingati kita walaupun sudah lama tidak berjumpa?
-          kita perlu sentiasa bersikap jujur, baik dalam kata-kata, mahupun tindakan
-          kita perlu berani berterus-terang, sama ada sikap rakan kita itu baik atau sebaliknya agar kelakuan yang buruk dapat diperbetulkan
-          kita jangan sekali-kali mementingkan diri sendiri, sebaliknya mementingkan kebajikan rakan lebih utama berbanding keperluan diri sendiri
-          tutur kata hendaklah dijaga,jangan bercakap besar, menjerit atau suka menghina.

9.     Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan?
-          semua kanak-kanak dihantar ke sekolah kebangsaan
-          para pemimpin jangan sekali-kali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum
-          setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

10. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei daripada berulang?
-          mengutamakan perpaduan dalam kalangan rakyat
-          tidak menimbulkan apa-apa perkara yang melibatkan sensitiviti kaum
-          menghormati adat, budaya, agama, dan kepercayaan kaum-kaum lain
-          pemimpin dan pihak keselamatan sentiasa menjaga keamanan negara ini.

11. Sebagai remaja, bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan anda pada negara?
-          dengan sentiasa mematuhi undang-undang negara
-          menghormati para pemimpin negara
-          belajar dengan tekun untuk memajukan negara pada masa akan datang

12. Sekiranya anda berada dalam keadaan Jamilah, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda ambil.
-          memohon bantuan pihak keselamatan
-          berlindung di balai polis atau di kem tentera
-          berdoa kepada Tuhan agar diberikan suasana segera aman

13. Tuliskan faktor-faktor wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki pada hari ini.
-          kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama dengan kaum lelaki
-      kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki dalam keluarga
-     pemimpin negara telah menggubal akta untuk membela nasib kaum wanita yang teraniaya.

14. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja?
-          kempen kesedaran
-          pembelajaran mata pelajaran sejarah
-          didikan ibu bapa
-          penglibatan dalam PLKN


15. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan seseorang lebih mementingkan negara daripada diri sendiri?
-       kerana memahami sejarah negara yang pernah dijajah dan khuatir jika negara dijajah sekali lagi
-          disebabkan semangat patriotik yang mendalam tertanam dalam diri mereka
-          mereka juga membuat keputusan sedemikian disebabkan latar belakang pendidikan yang diterima daripada ibu bapa yang mementingkan nusa dan bangsa

16. Perpaduan sangat penting dalam usaha memajukan negara kita. Huraikan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.
-          melalui sistem pendidikan yang sama
-          kerajaan mengadakan kempen kesedaran berkaitan kepentingan perpaduan
          -     melalui sambutan perayaan secara bersama

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]