PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

09 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 2



(1)           CERPEN PEMAIN CATUR

Petikan 1
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja…. Um menuduh Uj….(m.s.151)

i.  Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap   keadaan ibu? (2m)
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin   ahmar

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian  dalam keluarga? (3m)
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi

iii.  Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. (4m)
Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga
Cth: Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja

- sikap mementingkan diri sendiri
Cth: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran
Cth: Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur

- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Cth: Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam

- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga
Cth: Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj

- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Cth:  Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka

- ketidakjujuran dalam tindakan
Cth: Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
“Kita ialah zuriat kebanggaan,….Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua… (m.s.145)

       i. Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur. [2m]
- Um mempunyai bakat semula jadi dalam permainan catur.
- Um juga mudah dibentuk / dilatih

     ii. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur. [3m]                      
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada
masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur melalui sokongan dan galakan.                      

 iii.      Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Latar masyarakat dalam petikan
- masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjulang kegemilangan keluarga dalam permainan catur
Cth: Uj yang berusaha membimbing adiknya, Um untuk menguasai permainan catur bagi menyambung tradisi kegemilangan keluarga  mereka dalam permainan catur.

Latar masyarakat dalam cerpen
- masyarakat yang berpecah-belah dalam keluarga akibat perbalahan
Cth: perbalahan antara Um dan Uj dalam permainan catur sehingga keluarga mereka berpecah-belah.

- Masyarakat yang mahir dalam permainan catur
Cth: keluarga Uj.

- Masyarakat yang bangga dengan keturunan
Cth: Uj  seringkali menceritakan kehebatan keluarganya dalam permainan catur kepada Um.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
 Petikan 3
Setapak demi setapak bala tentera….. “Jangan tuduh Uj sembarangan….(m.s.150)

i.         Jelaskan helah yang dilakukan oleh Uj untuk mengalahkan Um. (2m)
-      ketika Um meneguk minuman, Uj telah mengalihkan buah catur Um
-      buah catur Um yang berada di kanan, dialih ke kiri

ii.     Sekiranya anda seorang pemain bola sepak sekolah, apakah persediaan anda untuk menghadapi sesuatu pertandingan?  [3m]
-      saya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh
-      saya akan mempelajari pelbagai kemahiran dalam bola sepak
-      saya akan mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan

iii.      Nyatakan satu watak Um yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4m]
Dalam petikan:
-         seorang yang bersemangat waja
Cth: Um bersedia berhadapan dengan Uj dalam permainan catur walaupun Uj pemain catur yang hebat

Dalam cerpen:
-         seorang yang berani.
Cth: Um berani menerima cabaran Uj untuk berlawan catur.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT

1. Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk?
- menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut
- memanggil Um untuk bersemuka
- bertanyakan hal yang sebenar kepada Um sendiri

2. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur.
- Sekolah menganjurkan lebih banyak pertandingan catur.
- kerajaan boleh mengadakan kempen berkaitan catur kepada masyarakat.
- Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam permainan catur melalui sokongan dan galakan.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?
- Sentiasa menunjukkan kemesraan kepada ibu
- Sentiasa taat dan patuh kepada ibu
- Sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan ibu
- Mendoakan kesejahteraan ibu

4. Nyatakan tiga faedah yang diperoleh seseorang jika menceburi permainan catur?
- dapat mengisi masa lapang.
- dapat mengharumkan nama keluarga
- dapat mengharumkan nama negara
- membantu mengasah daya pemikiran
- menjadi punca pendapatan
- mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial

5. Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak bergaduh di hadapan ibu bapa? (3m)
 Tidak wajar kerana ibu bapa wajib dihormati dan anak-anak harus menjaga perasaan ibu bapa agar tidak tersinggung dengan pelakuan anak-anak. Selain itu, anak-anak harus menjaga kebajikan dan hati ibu bapa agar ibu bapa tidak bersedih yang boleh menyebabkan kesihatan ibu bapa mereka terganggu.

6. Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha untuk “melakar kembali nama al-Hakam di papan catur”? Mengapa? (3m)
Wajar kerana mereka merupakan keturunan al-Hakam yang masih hidup dan tahu sejarah kegemilangan nenek moyang mereka dalam permainan catur sebelum abad ke-17 lagi. Jika tidak, sudah pasti ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga mereka akan terkubur begitu sahaja serta tidak dapat diwarisi untuk anak cucu mereka sampai bila-bila.

7. Kemukakan tiga langkah untuk menggalakkan orang ramai meminati catur. (3m)
- Permainan ini hendaklah dijadikan sebagai permainan pilihan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah
- Badan sukan pula hendaklah menganjurkan pertandingan catur dalam kalangan belia
- Tunjuk cara permainan ini juga dapat menarik orang ramai agar meminati catur.

8. Nyatakan tiga nasihat yang dapat anda berikan kepada pemain yang kalah dalam pertandingan itu. (3m)
- Agar menerima hakikat bahawa kalah atau menang merupakan adat pertandingan
- meminta pemain tersebut mengkaji punca kekalahannya dan meningkatkan latihan
- menyertai pertandingan yang akan datang.

9.  Pada pendapat anda, siapakah yang telah mengalihkan buah catur Um dari sebelah kanan ke sebelah kiri? Berikan tiga alasan anda.
- Uj  kerana strategi Um akan gagal jika dia menukarkan tempat buah catur Um
- Uj terpaksa menukar kedudukan buah catur Um, jika tidak dia akan kalah
- Uj ingin membatalkan permainan kerana dia hampir kalah.


10.  Tuliskan amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam keluarga.
- menjalinkan perasaan kasih sayang dan bergaul mesra dengan ahli keluarga
- bersopan santun, berbudi bahasa dan saling menghormati
- tidak menaruh dendam dan sedia memaafkan

11.  Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga nama baik dan imej keluarga?
- keluarga melambangkan diri kita sendiri. Jika nama baik dan imej keluarga tercalar, nama baik kita juga akan tercalar
- Kita berasal daripada keluarga tersebut.
 - Penjagaan nama baik dan imej keluarga menyebabkan kita terdorong untuk melakukan perkara yang baik dalam kehidupan.

12.  Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan keluarga?
- bersemuka dan berbincang untuk menyelesaikan masalah
- mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling memaafkan
- meminta nasihat daripada ahli keluarga yang lebih dewasa

13.  Permainan catur banyak memberi kelebihan kepada kita. Nyatakan tiga kelebihan permainan tersebut.
- dapat mengasah minda sekali gus menajamkan akal agar lebih mahir dalam matematik
- Kita akan memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah
- Kita boleh mengetahui sejarah negara-negara luar yang ada kaitan dengan catur.

14.  Berikan dua cara seseorang dapat mengekalkan kejuaraannya dalam sesuatu pertandingan.
- sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik permainan
- sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh agar tidak leka dan bongkak.

15.  Dalam sesuatu permainan, selain pengalaman dan strategi yang betul, pada pendapat anda, apakah yang amat diperlukan untuk kita memenangi permainan tersebut?
- kita perlu mempunyai sifat sabar daripada asakan pihak lawan
- kita perlu percaya akan kemampuan diri kita untuk mengalahkan pihak lawan
- kita perlu memiliki semangat dan keyakinan yang kuat untuk memenangi pertandingan yang dijalankan.

16.  Pada pendapat anda, siapakah yang melakukan penipuan? Berikan alasan anda.
Uj membuat penipuan kerana
-  dia sangat egoistik
- bimbang akan kalah dengan adiknya, Um
- tidak dapat menerima kekalahan kerana dia lebih berpengalaman dan banyak mempunyai ilmu pengetahuan dalam permainan catur

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket