PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

22 December 2017

5 Cara-Cara Hilangkan Parut Jerawat

Jika anda mempunyai jerawat untuk jangka masa yang lama, kemungkinan anda mempunyai parut jerawat. Ini juga dikenali sebagai bekas jerawat.

Parut jerawat boleh mengurangkan daya keyakinan diri seseorang, sepertimana jerawat. Percaya atau tidak, ubat semula jadi ataupun remedi boleh memberi kesan yang positif dalam menghilangkan parut jerawat.
Berikut adalah 5 Petua Hilangkan Parut Jerawat:

Petua #1: Pudina

Ambil sekumpulan daun pudina dan membersihkannya. Letakkan di atas sehelai kain kapas yang bersih dan lembut. Perah sehingga air pudina keluar. Ambil air tersebut dan sapu pada kawasan berparut.

01 December 2017

50+ Cara dan Petua Lengkap Menghilangkan Jerawat

Jika anda salah seorang daripada mereka yang mengalami jerawat yang teruk, anda mungkin bersedia untuk mencuba apa sahaja asalkan boleh menyembuhkan muka anda. Jika anda telah mencuba pelbagai pencuci muka untuk menghilangkan jerawat, namun anda masih dibelenggu dengannya, anda perlu tahu bahawa terdapat banyak cara semula jadi (remedi) yang boleh membantu anda hilangkan jerawat selama-lamanya.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak, dan sebahagian besar daripada perkara-perkara ini sudah ada di sekitar rumah anda (mungkin).
Anda boleh mempunyai kulit yang lebih cantik dalam tempoh yang singkat dengan kos yang jauh lebih rendah. Anda hanya perlu menyesuaikan beberapa perkara yang anda lakukan dalam rutin harian untuk membantu membersihkan jerawat anda.

17 November 2017

10 Cara Efektif Meningkatkan Tahap Komunikasi Anda

The Blarney Stone adalah satu batu sejarah yang mana ia merupakan sebahagian daripada Istana Blarney di Ireland. Dipercayai bahawa mencium batu itu boleh memberikan anda hadiah. Ya, ia seolah-olah pelik sekiranya perkara ini diutarakan di zaman ini, tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan tradisi?

Terdapat begitu banyak perkara yang kita tidak tahu tentang perbualan bahawa sesiapa sahaja, walaupun saya, boleh pernah sedar. Anda boleh pergi menonton rancangan televisyen; program radio; kelab khusus untuk pengucapan awam; perbualan biasa; terdapat peraturan-peraturan tertentu apabila interaksi melalui kata-kata. Dan semua orang yang berucap mempunyai tahap komunikasi mereka masing-masing.
Setiap orang berbeza.
Ini mungkin agak membosankan, saya tahu, tetapi walaupun mulut anda yang melakukan pekerjaan, otak anda bekerja dua kali lebih keras untuk menjana perkara-perkara yang anda tahu.

03 November 2017

101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Pengambilan diet yang seimbang dan berkesan memainkan peranan yang penting kepada semua orang. Kebiasaannya orang bediet semata-mata untuk menurunkan berat badan ataupun mendapatkan susuk badan yang menarik. Namun pada hakikatnya amalan berdiet adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Memandangkan kandungan post ini agak panjang, anda digalakkan untuk bookmark laman ini. Sekiranya anda sudah bersedia, jom membaca senarai ini.

101 Tips Diet Seimbang

Diet boleh merujuk kepada pengamalan pemakanan seseorang, dan ia juga boleh merujuk kepada aktiviti menghadkan pemakanan sesuatu untuk tujuan tertentu. Namun, bukan semua amalan diet tersebut adalah sihat, dan bukan semua amalan diet tersebut berkesan.

20 October 2017

Apakah Itu Rabun Warna dan Bagaimana Atasinya?

Rabun warna berlaku apabila anda (atau seseorang) tidak boleh melihat warna dengan biasa. Selalunya, orang yang mengalami masalah ini tidak dapat membezakan sesetengah warna, biasanya diantara warna hijau dan merah, kadang-kadang biru.
Di dalam retina mata (sel yang sensitif dengan cahaya), terdapat dua jenis sel yang mengesan cahaya, iaitu rod dan cones.

Rod hanya mengesan cahaya yang terang atau malap, manakala cones mengesan warna (merah, hijau dan biru). Otak kita menggunakan ketiga-tiga warna tersebut untuk memberikan warna yang sebenar.
Masalah mata ini akan berlaku apabila satu atau lebih sel warna cones tidak ada, gagal berfungsi dan sebagainya. Paling teruk adalah apabila ketiga-tiga sel warna tersebut gagal berfungsi, memberikan pesakit hanya dapat melihat dalam “hitam putih”.

06 October 2017

365 Tips Motivasi Diri Yang Anda Wajib Tahu!

Hidup kita ini boleh dikatakan senang sepertimana kita menghirup udara segar, namun boleh juga dikatakan sukar sepertimana mendaki gunung.
Akan ada perkara yang boleh mengembirakan atau mengecewakan kita. Dalam apa-apa keadaan pun, anda perlukan seseorang ataupun sesuatu yang boleh membantu anda setiap hari. Sesetengah orang bergantung kepada Tuhan, keluarga, rakan-rakan, impian ataupun cita-cita.
Sekiranya anda diberikan satu hidup yang bahagia, bersyukurlah. Namun sekiranya anda mengalami masalah pada waktu ini, ingatlah bahawa esok merupakan satu misteri. Dan jawapan akan terbongkar dengan perubahan yang anda buat pada hari ini.
Saya berharap 365 tips inspirasi berikut boleh membantu anda sepanjang tahun.
Semua senarai ini adalah dipetik dari kata-kata ilmuan seluruh negara. Tiada yang berunsurkan hadis ataupun ayat-ayat al-Quran.

22 September 2017

11 Khasiat Ikan Kepada Tubuh Badan (Sudut Kajian Sains)

Ikan adalah salah satu sumber protein utama kepada diet kita semua. Selain daripada itu, ikan juga mengandungi pelbagai nutrisi untuk perkembangan badan.
Pada masa yang sama, merupakan sumber terbaik kepada asid lemak omega-3, yang memainkan peranan penting kepada badan dan perkembangan otak.

Artikel kali ini akan membincangkan 11 khasiat ikan kepada kesihatan tubuh badan, ya berdasarkan kajian + sokongan sains.

Khasiat-Khasiat Ikan Kepada Kesihatan

Berikut adalah 11 khasiat ikan yang mana boleh menyumbang kepada kesihatan diri anda.

01 September 2017

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi bagi golongan tua. Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan mendapat penyakit ini.

Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama yang masih belum pernah merasakannya.

Perkara #1: 5 Punca Masalah Sakit Belakang

Sakit belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit belakang badan, masalah sakit puan, dan faktor dari bahagian badan yang lain. Secara terperinci dinyatakan di bawah:

18 August 2017

10 Khasiat Spirulina Yang Dibuktikan Secara Saintifik

Spirulina sebenarnya sangat baik untuk anda. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang boleh memberikan kesan yang positif kepada badan dan otak anda.
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, silalah baca artikel ini di bawah.

Khasiat Spirulina Kepada Kesihatan

Berikut adalah 10 khasiat spirulina kepada anda semua.

1. Spirulina Kaya Dengan Nutrisi

Spirulina adalah sejenis organisma yang tumbuh di dalam air tawar dan air masin.
Ia adalah sejenis bakteria yang dipanggil sebagai cyanobacterium, yang juga dikenali sebagai algae biru-hijau.
Seperti tumbuhan, cyanobacteria boleh menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari, melalui proses fotosintesis.

04 August 2017

Asas-Asas Permulaan Memancing Yang Anda Perlu Tahu

Jika anda baharu dalam hobi memancing, anda perlu mengetahui beberapa asas tentang memancing. Seperti memburu dan hobi yang lain, memancing juga melibatkan penggunaan alam sekitar dan semua di sekeliling anda.
Anda perlu mengormati kedua-duanya. Sekiranya anda boleh melakukannya, anda boleh menikmati aktiviti memancing dengan lebih baik.

Memancing sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ianya bermula sejak 10,000 tahunyang lalu. Bermula darisitu, telah banyak teknik dan cara telah dibangunkan dan diaplikasikan untuk meningkat progres memancing.
Pada zaman sekarang, perkembangan teknologi moden telah mengubah cara orang memancing, namun masih menggunakan dan terikat dengan peraturan-peraturan memancing seperti mana dahulu.
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket