(1) CERPEN PEMAIN CATUR
Petikan 1
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja…. Um menuduh Uj….(m.s.151)
i. Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu? (2m)
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin ahmar
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga? (3m)
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi
iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. (4m)
Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga
Cth: Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja
- sikap mementingkan diri sendiri
Cth: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran
Cth: Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur
- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Cth: Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam
- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga
Cth: Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj
- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Cth: Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka
- ketidakjujuran dalam tindakan
Cth: Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur