14 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 9

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Petikan 1
SANI : Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup.
SABARIAH:……
SANI:…..
SABARIAH:…..
SANI:….
SABARIAH:….
SABRI:…
SABARIAH:….
SABRI: (Meluru Ice arah SABARIAH) Hiss, apa ni Angah? Jangan ditengking
herdik Sani itu. Tidak tengok emakkah? Jaga sikit mulut itu. (m.s.214)

i.    Apakah tanggapan Sabariah terhadap bapanya? [2 m]
Tanggapan Sabariah terhadap bapanya:
-         bapanya sudah tidak ada/mati
-         mayatnya mungkin sudah hilang

ii.   Pada pendapat anda, mengapakah pertelingkahan dalam kalangan keluarga sering berlaku? [ 3 m]
Pada pendapat saya, pertelingkahan dalam keluarga sering berlaku kerana:
-         masing-masing ada ego yang tersendiri / tiada rasa hormat antara satu sama lain
-       perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara/kurang persefaham 
-       perebutan harta benda/harta pusaka                                                                             

 iii.     Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [ 4 m]
Satu pengajaran dalam petikan:
-    Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga/ Kita hendaklah hormat-       menghormati / Jangan bergaduh antara adik-beradik /Janganlah bercakap kasar sesama ahli keluarga.
Cth:  Sabariah yang tidak suka kepada Sani dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sani.                                                                                         

Satu pengajaran daripada keseluruhan drama:
-     Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan baik iaitu memberikan pendidikan kepada anak-anak.
Cth: Pak Jumaat dan Mak Jah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sehingga anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

-     Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah memhesarkan kita.
Cth: Sani menyayangi Pak Jumaat dan Mak Jimah sepenuh hati walaupun dia hanya anak angkat sahaja.

-     Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita.
Cth: Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

-     Kita pertu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki.
Cth: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

-     Kita perlu berjimat cermat ketika berbelanja.
Cth: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirimkan oleh anak-anaknya.

-     Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Cth: Penduduk kampung bekerjasama mencari Pak Jumaat yang hilang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
PAK MAN: Assalamualaikum, Sani.
SANI: …
PAK MAN: ….
SANI :…
PAK MAN: ….
SANI: ….
PAK MAN: ….
SANI: ….
PAK MAN: Ini semua kuasa Allah. Ombak besar itu tidak sampai ke rumah kita. Mujur ada pulau depan pantai kita. Kalau tidak, rumah kamu, rumah aku habis ranap. Kebetulan pula aku demam hari itu, tidak turun ke laut. Kalau tidak, aku sendiri tidak dapat ramal nasib akuini, Sani. (Menyalakan rokok daun) Kamu cuti lama? (m.s.192)

i.   Kemukakan dua sebab Pak Man mengatakan hasil tangkapannya tidak banyak. [2 m]
Dua sebab Pak man mengatakan hasil tangkapan tidak banyak
-         kesan tsunami
-         ikan besar belum ada/ ikan besar dihanyutkan ombak besar

ii.  Pada pendapat anda, bagaimana kita dapat membantu meringankan beban orang yang ditimpa bencana? [3 m]
Cara untuk membantu meringankan beban orang ditimpa bencana:
-     memungut derma untuk mereka
-     melawat tempat bencana dan memberikan bantuan yang diperlukan
-     membantu memulihkan kawasan bencana seperti tempat tinggal, membersihkan 
      kawasan tersebut
-     memberikan sokongan moral
-     memberikan bantuan perubatan

iii. Kemukakan dua nilai dalam petikan, dan dua nilai dalam keseluruhan drama. [4 m]
Satu nilai yang terdapat dalam petikan
-     kesyukuran
Cth: Pak Man bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa tsunami.
Satu nilai dalam keseluruhan drama:
-     kesetiaan
Cth: Mak Jimah begitu setia menunggu suaminya pulang di tepi pantai setiap hari

-     kasih sayang
Cth: Jimah sangat menyayangi suaminya dan sentiasa mendoakan suaminya pulang ke pangkuannya.

-     keprihatinan
Cth: Sani sentiasa bersama-sama ibunya semasa auyahnya hilang di laut

-     kesopanan
Cth: Pak Man menasihati Sabariah yang bersikap kurang ajar / kurang sopan kepada ibunya bapanya

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
PAK MAN:  Apa pun, dia tetap balik, Sabariah. Begifirlah….
SABARIAH:….
SANI: ….
SABARIAH:
SABRI: Ya Allah... . Apa ni?
SANI:….. Baliklah, itu saja pesan mak. Sani tidak tambah satu ayat pun. (m.s.225)

i.   Berikan dua pesanan emak kepada anak-anaknya seperti yang telah disampaikan oleh Sani. [2 m]
Dua pesanan emak :
-         mengembalikan buku simpanan mereka
-         menyemak baki dalam buku simpanan
-         mengambil duit mereka kembali
-         mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
-         menyuruh mereka balik ke tempat masing-masing

ii. Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh anak-anak untuk menghargai jasa ibu bapa mereka? [3 m]
Pendapat:
-         menjaga hati/perasaan mereka
-         bercakap dengan nada dan suara yang sopan/menghormati mereka
-         menjaga mereka ketika mereka sakit
-         mendoakan kesihatan / kesejahteraan hidup mereka
-         belajar bersungguh-sungguh
-         membawa mereka pergi bercuti/menghantar mereka ke Mekah

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan drama itu. [4 m]
Satu persoalan dalam petikan drama:
-     Kesetiaan seorang isteri
Cth : Jimah setia menunggu kepulangan suaminya di tepi pantai.

-   Jujur menyampaikan amanah
Cth: Sani dengan jujur telah menyampaikan pesanan emaknya kepada
abang dan kakaknya.

-   Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Cth : Sabariah dan adik-beradiknya amat terasa akan kata-kata Pak Man.

-    Pengabaian terhadap ibu bapa
Cth: Sabariah dan adik-beradiknya telah mengabaikan ibu bapa mereka.

Satu persoalan dalam keseluruhan drama:
-   Sikap anak-anak yang terlalu mementingkan kerjaya
Cth: Shahrul mahu kembali ke tempat kerjanya walaupun ayahnya masih
belum dijumpai.

-   Ketentuan qadak dan qadar Tuhan
Cth: Pak Jumaat yang hilang di laut akibat tsunami telah dijumpai selamat.

-   Ketabahan menghadapi dugaan hidup
Cth: Jimah tabah menghadapi dugaan hidup apabila suaminya hilang di laut semasa kejadian tsunami.

-    Kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan
orang lain
Cth: Wahid dan Senin mengambil kesempatan menipu dan mencuri
barangan mangsa tsunami.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
 Petikan 4
SABARIAH : Emak... . Sabariah minta maaf.
SHAHRUL :…
SALMAH : …
 JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah:…(m.s.229)

i.         Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Sabariah sehingga sanggup jarinya           dipotong? [ 2 m]
-         Sabariah memohon ampun kepada emaknya
-         Menyedari kasih sayang lebih penting daripada wang
-         Kasih sayang ibu tiada penghujung

ii.       Ibu bapa sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit anak-anak mereka. Pada pendapat anda, apakah yang diharapkan oleh setiap ibu bapa daripada anak-anak mereka? [3m]
-         Menghormati antara satu sama lain
-         Sentiasa bertolak ansnr antara satu sama lain
-         Menjaga hati orang yang lebih tua
-         Sentiasa memberikan sokongan sekiranya ada ahli keluarga dalam kesusahan
-         Menjaga hati ibu bapa

iii.      Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4m]
Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama:
-     masyarakat yang sentiasa memaafkan kesalahan orang
Cth:….

Latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama
-     Masyarakat yang menjaga hubungan kekeluargaan
Cth:…
-    Masyarakat yang tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara
Cth:…

------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Petikan 5
SANI : (SANI cuba memujuk) Emak tidak makan tidak minum dari pagi tadi…
JIMAH :(Menoleh memandang SANI) Bapa kau di tengah….
SANI : Sani yakin, Emak. Sani yakin bapa masih hidup. (m.s.213)

i.      Mengapakah emak beranggapan laut tidak akan memusnahkan harapannya? [2 m]
-         Laut tempat Tuhan memberi rezeki / kehidupan
-         laut tempat Tuhan kumpulkan hidupan air untuk manusia
-         Laut bukan tanah perkuburan / laut tidak menyusahkan manusia
-         laut sebagai kilang tempat Allah limpahkan rahmat-Nya

ii.    Pada pandangan anda, mengapakah seseorang itu masih sanggup menjadi nelayan
       walaupun mengetahui malapetaka yang bakal menimpa apabila berada di tengah
       tengah laut? [3 m]
-   pekerjaan tersebut telah dilakukan sejak remaja dan sudah sebati dengan jiwa mereka
-     golongan ini tiada kemahiran lain untuk bertukar bidang kerja
-     mereka yakin hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah, jadi masalah tempat kerja bukan menjadi halangan untuk terus mencari rezeki

iii.     Jelaskan satu latar masyarakat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [3 m]
Dalam petikan:
-     masyarakat nelayan yang hidup bergntung sepenuhnya kepada hasil laut
Cth: Suami Jimah yang bekerja sebagai nelayan dalam membesarkan mereka anak-beranak

Keseluruhan drama:
-     masyarakat golongan terpelajar yang menjawat jawatan professional
Cth: Sani seorang doktor, Shahrul seorang akauntan dan Sabri seorang arkitek.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 6
SANI : Emak, cukuplah itu, emak...
SABRI : Emak, mari kita jumpa bapa.
SALMAH : …
SHAHRUL : …
SABARIAH : Emak, Sabariah mohon ampun, emak …. (m.s.231)

I.   Berikan bukti yang menunjukkan Sabariah telah sedar akan kesilapannya? [2 m]
-         Sabariah memohon ampun kepada emaknya
-         Menyedari kasih sayang lebih penting daripada wang
-         Kasih sayang ibu tiada penghujung

II.  Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan untuk memupuk kasih sayang dalam kalangan keluarga? [3m]
-         Menghormati antara satu sama lain
-         Sentiasa bertolak ansnr antara satu sama lain
-         Menjaga hati orang yang lebih tua
-         Sentiasa memberikan sokongan sekiranya ada ahli dalam kesusahan
-         Menjaga hati ibu bapa

III. Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Satu pengajaran dalam petikan drama:
-         Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang + Cth:…
-         Kita perlulah memohon kemaafan sekiranya melakukan kesalahan + Cth:…

Pengajaran berdasarkan drama:
-         Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan + Cth:…

-         Kita hendaklah tidak berputus asa dalam melakukasne suatu perkara + Cth:…

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]