CERPEN TANGGAR AMANAT
Petikan:
Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang meledak. Adam tidak pernah begitu…(m.s.178)
i) Apakah dua perkara yang diperlukan untuk mempertahankan warisan nenek moyang? (2m)
- keberanian
- kekuatan
ii) Sekiranya anda ialah Hawa, apakah pilihan anda, mengikut Adam pulang atau meneruskan usaha Ahmad Abdullah? Nyatakan empat alasan anda. (4m)
- Mematuhi perintah suami dituntut oleh agama
- Keputusan tinggal di situ mengancam nyawa
- Dapat meneruskan usaha Ahmad Abdullah di tempat lain
- Berdosa jika mengingkari kata-kata Adam.
iii) Nyataka satu perwatakan Hawa dalam petikan dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. (3m)
Perwatakan dalam petikan:
- seorang yang keras hati
Pewatakan keseluruhan petikan:
- seorang yang berani
Cth: Janin dalam kandungan Hawa berani berhadapan dengan risiko yang mungkin akan meragut nyawanya.
iv) Pengajaran:
- Kita hendaklah bijak dalam berhujah.
Cth: Si anak berjaya meyakinkan bondanya bahawa usaha perniagaan boleh dilakukan di tempat lain.
- kita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluarga.
Cth: Adam tidak jemu-jemu memujuk Hawa yang enggan berpindah ke Malaysia.
v) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan kejadian luar biasa?
- berfikiran rasional, sama ada hendak menerima atau tidak kejadian yang berlaku
- kuatkan semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan
- berdoa dan berserah kepada Tuhan.
vi) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika Hawa masih berdegil mahu tinggal di Yellowstone?
- nyawanya terancam
- dia akan kehilangan suaminya
- usahanya untuk menyelamatkan warisan Ahmad Abdullah hanya sia-sia.
No comments :
Post a Comment