13 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 8

DRAMA GELANGGANG TUK WALI

Petikan 1:
JAMIL: DIa tak tembak tuk?
TUK WALI: ….
JAMIL :….
HALIM: ….
TUK WALI: ….
HALIM : …..
TUK WALI: Tiba-tiba tuk terpegang pistol!..... (m.s.210)

i.          Apakah reaksi Tuk Wali ketika diserang? [2m]
            Reaksi Tuk Wali ketika diserang ialah
-         Tuk Wali mengelak ke kiri dan ke kanan
-         Tuk Wali menunggu kapak sampai hinggap atas kepala
-         Tuk Wali berdoa
-         Tuk Wali mengacu pistol kepada dua orang perompak

ii.        Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang yang mahir dalam seni dalam seni pertahanan diri? [3 m]
-         Dapat mempertahankan diri ketika dalam bahaya
-         Dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan
-         Dapat melatih diri agar lebih berdisiplin
-         Dapat meningkatkan keyakinan diri
-         Akan lebih dihormati / disegani/ tidak dibuli

iii.       Huraikan satu perwatakan Tuk Wali yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu perwatakannya yang lain daripada keseluruhan drama itu yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan:
-     Tuk Wali seorang yang berani
Cth: Tuk Wali berani mengacukan pistol kepada dua orang yang
menyerangnya.

-     Tuk Wali seorang yang yakin diri
Cth: Tuk Wali berdoa sewaktu penyerang cuba mengapak kepalanya

-     Tuk Wali seorang yang cekal
Cth: Tuk Wali tidak mudah menyerah kalah tetapi tetap berusaha mengelak serangan yang bertubi-tubi walaupun dia sudah keletihan dan pandangannya sudah kabur.

Satu perwatakan Tuk Wali yang lain berdasarkan keselurhan drama:
-     Tuk Wali seorang yang panas baran / pemarah
Cth: Tuk Wali menampar pemuda yang biadap kerana menari dan bermain gitar di rumah Tuk Wali

-     Tuk Wali seorang yang cekap
Cth: Sewaktu pertarungan dengan Siak, Tuk Wali hanya mempertahankan diri dan dapat mematahkan serangan dengan mudah.

-     Tuk Wali seorang yang alim.
Cth: Tuk Wali tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam.

-     Tuk Wali seorang yang ikhlas.
Cth: Tuk Wali ikhlas dalam menyampaikan ilmu persilatan.

-     Tuk Wali seorang yang baik hati / prihatin
Cth: Dia banyak melakukan kerja kebajikan untuk masyarakat untuk masyarakat seperti mengubat orang sakit, mengurut, menggali kubur dan memandikan jenazah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Petikan 2
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas?
TUK WALI:…
RIPIN:…
TUK WALI:…
.RIPIN:…
TUK WALI: ….
RIPIN: ….
TUK WALI:….
RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar, wak? (m.s.190)

i.           Apakah pandangan Tuk Wali tentang orang sekarang? [2 m]

            Pandangan Tuk Wali tentang orang sekarang…
-         Orang sekarang tak berasa malu bila merosakkan…(alam/hutan)
-         Hilang rasa hormat pada alam
-         Melanggar pantang larang
-         Cakapnya/Tuk Wali tidak dihargai

ii.    Pada pendapat anda, mengapakah perubatan tradisional seperti     menggunakan tumbuhan herba masih diamalkan oleh masyarakat kini?
  
Perubatan tradisional seperti menggunakan tumbuhan herba masih diamalkan kerana....
-         Kos yang murah berbanding perubatan moden
-         Sebahagian tumbuhan herba mudah didapati di mana-mana
-         Dapat menyembuhkan penyakit yang tidak dapat diubati secara perubatan moden
-        Ada perubatan tradisional yang diiktiraf/mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan 
          Malaysia
-         Pengalaman lalu/testimonial menggunakan perubatan tradisional berkesan

iii.    Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan dan satu     perwatakan Tuk Wali berdasarkan keseluruhan drama. [4m]
Perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan:

-     Seorang yang percaya pada pantang larang
Contohnya: Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokok-pokok hutan dapat kekal sehingga ke anak cucu

-     Seorang yang gigih/rajin
Contohnya: Tuk Wali bekerja sehari suntuk di hutan untuk mendapatkan akar kayu

Satu perwatakan berdasarkan keseluruhan cerpen:
-     Seorang yang berani.
Contohnya: Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

 -    Seorang yang cekap
Contohnya: Tuk Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.

-     Seorang yang taat akan perintah agama.
Contohnya: Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

-     Seorang yang ikhlas
Contohnya: Tuk Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah, menggali kubur tanpa meminta upah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
TUK WALI: (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang sengaja dimalukan…. Aku malu, Umi! Malu! (m.s.200)

i.         Apakah yang dimaksudkan oleh Tuk Wali dengan mengatakan “Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam!” dalam petikan di atas? [2m]
- orang kampung menjadikan Piee, anak tiri Tuk Wali sebagai alat untuk mempersendakan Tuk Wali dari segi tingkah laku sehinggalah setiap perbuatannya.

ii.       Sekiranya anda anak murid yang paling rapat dengan Tuk Wali, nyatakan 
          tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk menjernihkan keadaan. [4m]
-         memberikan galakan dan sokongan kepada Tuk Wali
-         menasihati Tuk Wali supaya jangan mudah berkecil hati dengan kata-kata orang
-         menaikkan semangat Tuk Wali supaya meneruskan perjuangan mengangkat ilmu 
           persilatan
-         meyakinkan orang kampung bahawa tanggapan negatif mereka terhadap Tuk 
          Wali adalah tidak benar

iii.       Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [3m]
Dalam petikan:
-     pandangan negatif masyarakat terhadap dunia persilatan
Cth:….
Keseluruhan drama:
-      cabaran dan kekangan mempertahankan warisan budaya
Cth:…

-    Penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda
Cth:…

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh-contoh soalan dan jawapan KBAT

i.      Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan agar mencari penyelesaian secara berhemah apabila berlaku sesuatu pertelingkahan?
-         dapat mengelakkan perasaan dendam antara pihak yang terlibat
-         dapat mengelakkan kematian atau kecederaan terhadap mana-mana pihak
-         dapat mengekalkan perhubungan antara pihak yang bergaduh
-         untuk mengekalkan semangat perpaduan

ii.       Sekiranya anda ialah siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di gelanggang? Berikan empat alasan anda.
Ya kerana:
-          Tuk Wali telah menampar cucu saya
-         bertindak bersendirian
-         tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja
-         sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya

Tidak kerana:
-         tindakan Tuk Wali adalah betul
-         boleh diselesaikan menerusi muafakat
-         perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran
-         dia tidak melakukan perbuatan yang melulu.

iii.     Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memelihara hutan di negara kita? Kemukakan tiga pendapat anda.
-         mewujudkan hutan simpan yang tidak boleh diteroka
-         memperkasakan pasukan penguat kuasa dalam usaha menjejaki penceroboh hutan
-         meningkatkan jumlah denda dan hukuman kepada pembalak haram
-         melaksanakan usaha penanaman pokok hutan selepas balak ditebang

iv.      Nyatakan langkah-langkah untuk membentuk kecemerlangan akhlak remaja.
-       ibu bapa memberikan pendidikan agama dan mengasuh anak-anak di rumah
-       masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan seperti 
        bergotong-royong
-       jiran-jiran menegur kelakuan remaja yang sumbang dan memberitahu ibu bapanya
-       kerajaan melancarkan kempen budi bahasa dan nilai murni

v.        Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mempelajari seni mempertahankan diri?
-         badan cergas kerana dapat merenggangkan otot, sendi dan mengurangkan lemak
-         dapat mempertahankan diri jika diserang oleh musuh
-         mewakili sekolah dalam pertandingan sukan dan dapat meningkatkan imej sekolah
-         mengekalkan budaya bangsa untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.

vi.       Pada pendapat anda, mengapakah silat tradisional semakin kurang digemari    oleh anak remaja sekarang?
-     kerana anak muda sekarang gemar aktiviti yang lebih lasak seperti ragbi dan futsal
-  bagi mereka yang meminati seni mempertahankan diri, mereka lebih cenderung memasuki kelab tekwando atau karate
-    kurangnya tempat yang menawarkan latihan silat tradisional disebabkan kekurangan jurulatih mahir.

vii.    Tuk Wali seorang tokoh yang memperjuangkan seni silat tradisional. Pada pendapat anda, mengapakah sejak akhir-akhir ini seni silat tradisional kurang digemari oleh masyarakat?
-     kerana mendapat persaingan daripada seni silat dari luar seperti tekwando dan karate
-    orang yang mahir mengajar seni silat tradisional makin kurang
-    seni silat tradisional tidak memberikan gred terhadap pencapaian aklinya, tidak seperti tekwando yang memberikan ahlinya tali pinggang biru, hijau, hinggalah tali pinggang hitam

viii.      Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Wali melawan kumpulan perompak itu? Berikan tiga alasan anda.
-         kerana dia mempunyai sifat keberanian yang tinggi
-         Tuk wali mempunyai ilmu persilatan yang hebat

-         Tuk wali yakin bahawa dia mampu menewaskan mereka.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]