(1) CERPEN IDOLA
Petikan 1
“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung,… “Setiap malam aku menyusun mimpi….(m.s.147)
(a) Berikan maksud ‘menampilkan kejantanan’. [2m]
- Mempamerkan sifat-sifat kelelakian
(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya? [3m]
- Melakukan kerja sampingan
- Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik
- Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan
(c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 m]
Nilai dalam petikan:
- Amanah:
Cth: Si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat pada setiap malam.
Nilai dalam keseluruhan cerpen:
- Bertanggungjawab
Cth: Si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung
- Merendah diri
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Pada suatu petang,…. “Tapi … tapi saudara memang benar-benar hebat….(m.s.149)
(a) Apakah tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak bertugas waktu itu? [2 m]
- Untuk bertemu dengan si hero
(b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para penonton? [4 m]
- Hero itu seorang yang gagah
- Hero itu seorang yang baik hati
- Hero itu seorang yang tampan
- Hero sering berjaya menumpaskan kejahatan
(c) Huraikan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 m]
Perwatakan yang terdapat dalam petikan:
- Seorang yang merendah diri:
Cth: Hero menganggap lakonannya tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung
Perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:
- Seorang yang berbakat
Cth: Hero berbakat besar dalam lakonan sehingga dikagumi para penonton
- Seorang yang amanah
Cth: Si hero menjaga mutu lakonannya kerana sedar pengarah memberi kepercayaan kepadanya
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
"Misalkan saja saudara minat memancing…. Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu. (m.s.151)
i. Apakah maksud terkesima? (2 m)
- tercengang / termangu-mangu / hilang akal
ii. Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya? (3m)
Sebab si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero atas tuntutan lakonan, bukannya kerana minat. Selain itu, hero juga mengatakan supaya penjaga panggung tidak terkesima akan sesuatu yang lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya.
iii. Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan pelakon dan penyanyi mengikut pandangan anda (4 m)
Masyarakat mengagumi pelakon dan penyanyi kerana penampilan mereka yang bergaya dari segi bakat dan persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain itu, masyarakat menganggap kehidupan pelakon dan penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media untuk tatapan peminat yang mahu mengikuti perkembangan karier dan kisah hidup di luar bidang persembahan mereka.
iv. Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas. (4 m)
Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak sehajarnya memuji seseorang artis secara keterlaluan. Hero bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya memuji diri
sendiri, iaitu memberi fokus terhadap kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada
cerpen ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si penjaga panggung
seharusnya terus membuat kerja seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan
kerusi ke dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinya yang ingin berubah.
No comments :
Post a Comment