PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

15 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 10

DRAMA 1400
Petikan 1
MAK SOM: (Kepada INTAN SIT! RAHlMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH: …
INTAN SITI RAHIMAH: …
PAK TUAN DOLAH:…
INTAN SITI RAHIMAH: …
PAK TUAN DOLAH:…
INTAN SITI RAHIMAH: …
PAK TUAN DOLAH: ….
INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka. (m.s.257)

i    Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti 
     Rahimah kepada Pak Tuan Dolah. [2 m]
Rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan Dollah:
-     Kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai 
-     Anak-anak mereka sakit-sakit belaka

 ii  Sekiranya anda Pak Tuan Dolah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar? [3 m]
Sekiranya saya ialah Pak Tuan Dolah, langkah-langkah SAYA untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar ialah:
-     Memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai 
-     Membina sistem kumbahan yang lebih sistematik 
-     Memproses najis kuda menjadi baja organik
-     Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib 
-     Menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain 
-     Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan sungai

14 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 9

DRAMA TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Petikan 1
SANI : Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup.
SABARIAH:……
SANI:…..
SABARIAH:…..
SANI:….
SABARIAH:….
SABRI:…
SABARIAH:….
SABRI: (Meluru Ice arah SABARIAH) Hiss, apa ni Angah? Jangan ditengking
herdik Sani itu. Tidak tengok emakkah? Jaga sikit mulut itu. (m.s.214)

i.    Apakah tanggapan Sabariah terhadap bapanya? [2 m]
Tanggapan Sabariah terhadap bapanya:
-         bapanya sudah tidak ada/mati
-         mayatnya mungkin sudah hilang

13 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 8

DRAMA GELANGGANG TUK WALI

Petikan 1:
JAMIL: DIa tak tembak tuk?
TUK WALI: ….
JAMIL :….
HALIM: ….
TUK WALI: ….
HALIM : …..
TUK WALI: Tiba-tiba tuk terpegang pistol!..... (m.s.210)

i.          Apakah reaksi Tuk Wali ketika diserang? [2m]
            Reaksi Tuk Wali ketika diserang ialah
-         Tuk Wali mengelak ke kiri dan ke kanan
-         Tuk Wali menunggu kapak sampai hinggap atas kepala
-         Tuk Wali berdoa
-         Tuk Wali mengacu pistol kepada dua orang perompak

ii.        Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang yang mahir dalam seni dalam seni pertahanan diri? [3 m]
-         Dapat mempertahankan diri ketika dalam bahaya
-         Dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan
-         Dapat melatih diri agar lebih berdisiplin
-         Dapat meningkatkan keyakinan diri
-         Akan lebih dihormati / disegani/ tidak dibuli

12 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 7

CERPEN TANGGAR AMANAT

Petikan:
Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang meledak. Adam tidak pernah begitu…(m.s.178)

i)      Apakah dua perkara yang diperlukan untuk mempertahankan warisan nenek moyang? (2m)
-         keberanian
-         kekuatan

ii)      Sekiranya anda ialah Hawa, apakah pilihan anda, mengikut Adam pulang atau meneruskan usaha Ahmad Abdullah? Nyatakan empat alasan anda. (4m)
-         Mematuhi perintah suami dituntut oleh agama
-         Keputusan tinggal di situ mengancam nyawa
-         Dapat meneruskan usaha Ahmad Abdullah di tempat lain
-         Berdosa jika mengingkari kata-kata Adam.

 iii)    Nyataka satu perwatakan Hawa dalam petikan dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. (3m)
Perwatakan dalam petikan:
-     seorang yang keras hati
Cth:  enggan mengikut Adam pulang ke Malaysia

11 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 6


(1)            CERPEN PENANGGUNGAN

Petikan 1
Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak............Malangnya masing-masing ada dengan penyakitnya." (m.s.163)

i.        Mengapakan isteri Kapten Mamat menyangka bahawa Masnah dirasuk polong? [2m]
- Muka Masnah terlalu pucat
- Mata Masnah liar

ii.   Sekiranya anda ialah Kapten Mamat, apakah bantuan yang yang akan anda berikan  kepada Masnah dan anak-anaknya? Berikan tiga contoh bantuan tersebut.
- bantuan kewangan untuk meringankan beban Masnah
- bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah anak-anaknya
- bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.

i.      Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Nilai murni dalam petikan;
-          Baik Hati
Cth: Kapten Mamat berjanji akan memastikan Masnah dan anak-anaknya tidak akan disia-siakan.

Nilai dalam keseluruhan cerpen;
-          Prihatin
Cth: Kapten Mamat begitu prihatin akan nasib isteri dan anak-anak
pekerja yang ditimpah kemalangan.

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 5



(1)           CERPEN IDOLA

Petikan 1
“Apakan daya aku hanya si penjaga panggung,… “Setiap malam aku menyusun mimpi….(m.s.147)

(a)      Berikan maksud ‘menampilkan kejantanan’.  [2m]
Mempamerkan sifat-sifat kelelakian

(b)     Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya?    [3m]
- Melakukan kerja sampingan
Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik
Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan

(c)     Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.  [4 m]
Nilai dalam petikan:
-    Amanah:
Cth: Si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat pada setiap malam.

Nilai dalam keseluruhan cerpen:
-      Bertanggungjawab
   Cth: Si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung

-         Merendah diri
    Cth:  Hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton

10 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 4



(1)           CERPEN BIARKAN SAMUDERA

Petikan 1
“Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu… “Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam…(m.s.177)

 i.         Mengapakah Hakimah berasa perlu membantu Mir? [2m]
- Sahabat baik
- Mir tidak ada ibu
- Ayahnya sudah tua
- Tidak memiliki apa-apa harta / tidak ada setapak tanah pun miliknya yang  
   sah                                                                                                  

ii.        Pada pendapat anda, nyatakan  tiga punca berlakunya pencemaran laut? [3m]
- Pembuangan sisa toksik kilang
- Tumpahan minyak dari kapal
- Pembuangan bahan sisa domestik
- Pembuangan sisa  kotoran dari ladang ternakan
- Pembangunan di kawasan pesisir pantai.

iii.       Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4m]
Persoalan daripada petikan
- Pencemaran laut:
Cth: laut sangat terseksa, menderita, sakit dan dadanya bergelora kerana disakiti oleh 
orang yang tidak bertanggungjawab.

- Sahabat yang sanggup berkorban dan bersama ketika susah dan senang-
            Cth: Hakimah adalah sahabat baik Amirah yang mengambil berat serta
berusaha untuk membantu Amirah yang mengalami penyakit kemurungan.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
            - Persoalan menghargai alam sekitar
Cth: Ayah Mir sangat menghargai dan menyayangi laut sehingga tidak boleh dipisahkan dengan laut.

- Persoalan konflik jiwa yang dialami oleh remaja kesan daripada kesempitan
Cth: Hidup  Amirah mengalami tekanan perasaan apabila memikirkan nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan.

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 3


(1)            CERPEN MELLISA

Petikan 1
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis…. Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu… (m.s.153)

i)         Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya? [2m]       
            - perasaannya tergugah
            - berasa malu / mukanya menjadi merah
            - berasa gugup                                                                                 

ii)       Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika     berada dalam sesuatu majlis?  [3m]      
            - memberi salam / menyapa
            - beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
            - beramah mesra / berbual / bergaul                                             

iii)   Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada Keseluruhan cerpen.                                         
            Latar masyarakat dalam petikan
            - Masyarakat yang peramah.
Cth: Syahid menghulurkan tangan kepada Mellisa  sebaik sahaja diperkenalkan oleh Farid.
           
- Masyarakat penulis.
Cth: Syahid merupakan penulis rencana dalam akhbar.
                                                                                                                       
            Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen
            - Masyarakat muda yang amat cinta akan negara.
Cth: Mellisa amat cinta akan  negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

            - Masyarakat  berbilang kaum yang hidup harmoni.
Cth: Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
           
-       Masyarakat pelajar yang gigih.
 Cth: Mellisa  amat tekun menyiapkan tesisnya  dengan membuat rujukan terperinci  dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

09 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 2



(1)           CERPEN PEMAIN CATUR

Petikan 1
Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja…. Um menuduh Uj….(m.s.151)

i.  Berdasarkan petikan, apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap   keadaan ibu? (2m)
- ibu sedih
- berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak
- menelan air mata hiba
- ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri / diserang angin   ahmar

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian  dalam keluarga? (3m)
- Saling menghormati
- Saling memahami
- Saling mengasihi
- Bertolak ansur / bertoleransi

iii.  Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen. (4m)
Persoalan daripada petikan
- perpecahan dalam keluarga
Cth: Uj dan Um sanggup saling menuduh sesama sendiri tentang orang yang meletakkan asid di bawah meja

- sikap mementingkan diri sendiri
Cth: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.

Persoalan daripada keseluruhan cerpen
- kepentingan latihan dalam memantapkan sesuatu kemahiran
Cth: Um dan Uj berlatih bermain catur untuk memantapkan kemahiran dalam permainan catur

- peranan anak dalam meneruskan legasi keluarga dalam sesuatu bidang Cth: Uj menurunkan kemahiran bermain catur kepada Um supaya Um mampu meneruskan kemasyhuran nama keluarga al-Hakam

- sikap batu api yang boleh memecahbelahkan keluarga
Cth: Uk memberitahu Uj bahawa Um tekun membaca buku tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj

- tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa
Cth:  Uj melantik dua orang doktor keluarga untuk merawat ibu mereka

- ketidakjujuran dalam tindakan
Cth: Uj melatih Um untuk mewarisi kemahiran bermain catur tetapi dia menjadi marah apabila mendengar khabar bahawa Um giat membaca buku tentang permainan catur

08 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 1



(1)           CERPEN IBU DAN CEPER

Petikan 1
 Ibu tidak lagi cergas………..Aku masih ingat waktu itu… (m.s102)

i.      Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti. [2m]
Kesan-kesan yang terjadi:
- air sungai menjadi keruh macam air susu
- sampah sarap dipunggah bersama
- menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya
- memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata
- pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja

ii.     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi? [3m]
Pada pendpat saya - Langkah-langkah:
• membina tebatan / benteng / penghadang banjir
• mendalamkan dasar sungai / melebarkan sungai yang berdekatan
• membina pintu air / kunci air 
• membina sistem saliran / perparitan
• membersihkan sungai daripada sampah sarap

iii.      Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Persoalan dalam petikan:
-         Kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam.
Cth: Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah.
-         Ketabahan menghadapi rintangan hidup.
Cth: Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa sahaja ujian atau cabaran pada siang hari 
[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket