PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

16 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 11A

PROSA PELAYARAN PENUH PERISTIWA

PETIKAN 1
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam”.
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas”.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “Memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.”


(i)     Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiriberdasarkan petikan di atas? [2M]
-          Telah khianat terhadap pemimpin kita

(ii)     Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3M]
-          Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
-          Hutang baginda sudah berbayar
-          Piutang pun sudah diterima

(iii)          Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara majoriti? [3M]
-      ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau arahannya.
-      ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya mereka orang yang berpengalaman.
-     keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan budaya hidup bermasyarakat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 2

Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya dimanakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

(i)               Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung ini ? [2M]
Maksud rangkai kata - Menjaga keselamatan kapal tersebut

(ii)            Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah tersedar daripada pengsan? [3M]
-          mencabut keris
-          menikam seekor ayam
-          dengan keris berlumuran darah pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua

(iii)     Sekiranya anda Tuanku Nakhoda Tua, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk membalas perbuatan jurumudi? [3M]
Sekiranya saya Tuanku Nakhoda Tua
Positif:
-          mengucapkan terima kasih
-          memberikan hadiah
-          mengiktiraf sebagai pahlawan atau wira
-          mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Negatif:
-          menyelidik pengakuan jurumudi
-          memeriksa keris dan kesan darah pada keris jurumudi
-          meminta untuk melihat musuh yang dibunuh
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 3
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin."
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, "Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya."
"Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa," sembah jurumudi.
"Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini."

(i)         Apakah perkara yang dilakukan oleh jurumudi sebaik-baik sahaja dia tersedar daripada pengsan? [2M]
Perkara yang dilakukan :
-          segera mencabut kerisnya.
-          lalu menikam seekor ayam
-          mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua
-        memberitahu bahawa dia yang memelihara geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah

(ii)        Mengapakah Tuanku Nakhoda Tua enggan menerima pengakuan yang dibuat oleh jurumudi? [3M]
Enggan terima pengakuan :
-          perjalanan belum sampai ke destinasi / masih dalam perjalanan
-          masih berhadapan / belum terlepas bahaya besar
-          lautan yang akan ditempuhi dipenuhi bajak laut

(iii)          Pada pandangan anda, mengapakah jurumudi beria-ia hendak mengambil hati Tuanku Nakhoda Tua? [3M]
Sebab beria-ia mengambil hati:
-          ingin mengahwini puteri
-          ingin membolot kekayaan / kekuasaan
-          ingin mengalahkan pesaing-pesaingnya
-          berpendapat tuanku Nakhoda Tua mudah dipengaruhi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 4
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?"
"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?"
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya, "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?"
"Dialah budak hitam yang meminta tOlcing bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu,
tetapi telah ayahanda nyahkan dia."

(i)               Berikan maksud rangkai kata tidak tahu dek untung. [2M]
-          tidak menghargai / tidak bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki

(ii)            Apakah kata-kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menyebabkan ayahandanya begitu marah? [3M]
-          Tuan Puteri menyatakan bahawa ayahandanya tidak seperti orang lain yang semakin tua semakin berakal.
-          Tuan Puteri menyatakan bahawa ayahandanya ibarat cendawan, semakin tua semakin tidak  berguna
-          Tuan Puteri menyatakan bahawa penglihatan ayahandanya kabur dan pendengarannya tidak jelas.

(iii)          Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah dengan jurumudi? [3M]
Wajar kerana:
-          jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
-          Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat bukti keris jurumudi yang berlumuran darah.
-          Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan geliung itu.
-          Anak sepatutnya mengikut perintah ayahnya
-          Tuanku Nakhoda Tua perlu mengotakan janjinya.
TIDAK WAJAR kerana:
-          Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata jurumudi
-          Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain / puterinya sebelum membuat keputusan
-          Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang berlumuran darah
-          Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi
-          Jurumudi seorang yang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 5
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ni daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu mabuk itu berlaku beta jatuh pengsan. 

(i)               Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2M]
-          menjaga / melindungi kapal layar

(ii)            Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau? [3M]
Tindakan Awang Sulung:
-          Awang Sulung segera ke petak jubungnya
-          mengambil bungkusan tulang pelanduk putih
-          mengikat bungkusan pada benang pancar warna
-          mencampakkan bungkusan tersebut ke laut

(iii)   Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu. [3M]
Tidak wajar kerana:
-     Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi menghadapi amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah
-          Jurumudi tidak jujur / mempunyai muslihat
-          Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan baik / waras pada waktu itu
Wajar kerana:
-          Jurumudi telah menunjukkan keris yang berdarah sebagai bukti
-          Jurumudi telah lama berkhidmat dengan Nakhoda Tua 
-          Geliung tidak lagi dalam keadaan bahaya / terancam 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETIKAN 6
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta pada kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”
(i)               Siapakah “adinda” dalam petikan tersebut? (2M)
“Adinda” dalam petikan tersebut ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

(ii)            Nyatakan tiga alasan Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih. (3M)
Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih kerana dia telah berjaya menewaskan lanun-lanun yang menyerang geliung yang dinaikinya. Selain itu, hutangnya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah dilangsaikan oleh lanun-lanun apabila lanun-lanun tersebut mengisikan rial batu dan emas ke dalam geliung. Awang Sulung juga telah berjaya menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah, oleh itu hutangnya dianggap sudah berbayar.

(iii)            Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mentaati sultan? (3M)
Pada pendapat saya, rakyat perlu mentaati sultan kerana sebagai pemerintah negeri, sultan mempunyai darjat yang tinggi. Selain itu, rakyat perlu mentaati sultan supaya tidak dianggap penderhaka kerana penderhaka akan dihukum. Sultan juga dipercayai mempunyai daulat.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket