PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

21 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 18

SELOKA EMAK SI RANDANG

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,       
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Soalan berdasarkan maksud

Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui

(i)         Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2M]
-          menguruskan hal orang lain sedangkan hal keluarga sendiri diabaikan

(ii)      Apakah maksud ‘Dagang lalu ditanakkan’ dalam seloka di atas? [2M]
-          memasakkan nasi untuk orang asing

(iii)    Apa yang dimaksudkan oleh penulis ‘Anak di pangku diletakkan’ dalam seloka di atas. [2M]
-  anak sendiri dibiarkan/diabaikan/ditinggalkan/tidak dipedulikan



Soalan berdasarkan petikan

(i)      Nyatakan dua tindakan tidak rasional Emak Si Randang dalam seloka di atas. [2m]
-                     memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan rumahnya
-                     merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api
-                     mengabaikan anak sendiri
-                     berhutang untuk berbudi

(ii)     Bagaimanakah bentuk layanan Emak Si Randang terhadap dagang lalu? [2M]
-                     ditanakkan nasi
-                     rumah diruntuhkan untuk dibuat kayu api

(iii) Apakah masalah yang dihadapi oleh Emak Si Randang berdasarkan seloka tersebut. [2M]
Masalah yang dihadapi oleh Emak Si Randang:
-                     menanggung hutang
-                     beras habis
-                     padi yang ditanam tidak menjadi

(iv) Nyatakan dua perbuatan negatif yang dilakukan oleh Emak Si Randang seperti yang digambarkan dalam puisi. (2M)
Perbuatan negatif yang dilakukan oleh Emak Si Randang dalam puisi tersebut ialah memasak dan memberi makan kepada orang dagang sedangkan anaknya kelaparan. Dia juga berhutang untuk  memberi makan kepada orang dagang sedangkan padi yang ditanam tidak menjadi.

(v) Nyatakan tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh Emak Si Randang.
[2M]
Tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh Emak Si Randang:
-  meruntuhkan rumah kerana tiada kayu
-  anak dipangku diletakkan, kera di hutan disusui
- dagang pergi awak menanggung hutang


Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)

(i)         Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan keluarga
sendiri dahulu  berbanding orang lain. Kemukakan tiga alasan anda. [3M]
-    keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita
-    keluarga merupakan darah daging/keturunan kita sendiri
- keluarga merupakan orang utama yang akan membantu apabila kita berada dalam kesusahan
-   membantu keluarga merupakan tuntutan agama/tanggungjawab

(ii)      Pada pandangan anda, bagaimanakah Emak Si Randang sepatutnya
melayan orang   dagang? [3M] 
-          memberi makan minum hanya setakat yang mampu
-          menyediakan tempat penginapan sekiranya perlu
-          bertanya khabar serta berbual-bual
-          membawa orang dagang bersiar-siar
-          memperkenalkan kepada jiran-jiran

(iii)    Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melayan tetamu dengan baik? [3M]
-          Tuntutan agama
-          Mengeratkan hubungan persahabatan/persaudaraan/semangat kekitaan
-          Murah rezeki
-          Menjaga nama baik
-          Memupuk sifat mulia/ nilai ketimuran

(iv) Pada pendapat anda, apakah yang akan anda lakukan sekiranya ibu bapa anda  bersikap tidak rasional seperti Emak Si Randang? [4M]
-   menasihati ibu atau bapa secara baik
-    minta kerjasama jiran yang rapat dengan keluarga untuk menasihati
ibu  atau bapa
-   menunjukkan cara yang terbaik untuk menolong orang
-   menghalang supaya tidak berhutang kerana orang lain

(v)   Seloka di atas menyentuh tentang sikap negatif Emak Si Randang. Pada pendapat anda, apakah kesan yang timbul sekiranya Emak Si Randang berterusan bersikap sedemikian? [3M]
Kesan yang timbul sekiranya Emak Si Randang berterusan bersikap sedemikian:
- menyusahkan diri sendiri dan keluarga
- menyebabkan hubungan antara ahli keluarga menjadi tegang
- terpaksa menanggung pelbagai kerugian

(vi) Pada pendapat anda,  mengapakah sesetengah orang terjebak dalam kancah hutang? [3M]  
Sebab sesetengah orang terjebak dalam kancah hutang:                          
- berbelanja melebihi had kemampuan diri sendiri
- berbelanja secara boros
- tidak membuat perancangan sebelum berbelanja
- tidak membuat simpanan untuk digunakan semasa menghadapi kecemasan atau
   masalah

(vii) Buat baik berpada-pada. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk
          merealisasikan peribahasa tersebut? [3M]
Pada pendapat saya, kita dapat merealisasikan peribahasa tersebut dengan menilai keadaan dan kemampuan diri kita tersebih dahulu sebelum menolong orang lain. Kita juga perlu menilai risiko yang terpaksa kita hadapi apabila kita memikirkan untuk menolong orang lain. Selain daripada itu kita perlulah menilai sejauh mana orang yang ingin kita tolong akan dapat menghargai pertolongan kita.

(viii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang jika didatangi tetamu? [4M]
Yang perlu dilakukan oleh seseorang jika didatangi tetamu:
-                   memberikan layanan yang baik
-                   bersifat ikhlas dengan menunjukkan muka yang manis
-                   menyediakan jamuan dan kemudahan mengikut kemampuan
-                   menjaga suasana rumah supaya tidak mengganggu tetamu
-                   memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat


Soalan berdasarkan aspek KOMSAS

(i)         Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut. [4m]
-     Kita hendaklah berbelanja secara berhemah supaya tidak ditimpa kesusahan pada kemudian hari : Emak Si Randang sanggup berhabis bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah untuk dijadikan kayu api
-      Kita perlu sayang kepada ahli keluarga sendiri berbanding orang yang tidak dikenali :Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri kerana memberi perhatian kepada tetamu yang tidak dikenalinya
-    Kita mesti bersederhana dalam kehidupan supaya tidak ditimpa kesusahan pada kemudian hari : Emak Si Randang keterlaluan ketika berbelanja sehingga akhirnya dia ditimpa kesusahan kerana kehabisan beras
-     Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membazir ketika berbelanja kerana membazir adalah amalan syaitan : Emak Si Randang dirundum malang kerana membazir ketika berbelanja sehingga dia dibebani masalah hutang

(ii)      Huraikan tema seloka di atas. [3M]
Tema : sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli         keluarga   sendiri
Contoh:
-    Emak Si Randang memasak nasi untuk orang dagang yang lalu di depan   rumahnya
-   Emak Si Randang sanggup merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api
-  Emak Si Randang tidak membuat pertimbangan yang wajar ketika melayan tetamu
sehingga sanggup mengabaikan anaknya sendiri

 (iii)    Huraikan dua perwatakan Emak Si Randang berdasarkan seloka di atas. [4M]
-          tidak rasional. Contohnya, Emak Si Randang sanggup meruntuhkan rumah sendiri untuk menanak nasi.
-          tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya orang dagang diutamakan, anak sendiri diabaikan.
-      kurang bijak. Contohnya, Emak Si Randang sanggup berhutang untuk menolong orang lain.

 (iv)    Huraikan dua nilai yang cuba diterapkan dalam seloka di atas. [4M]
-    nilai baik hati.  Contohnya, Emak Si Randang menolong orang dagang yang dalam kesusahan
-          nilai budi pekerti. Contohnya, Emak Si Randang telah menunjukkan budi pekerti terhadap orang asing yang datang ke rumahnya
-          nilai menghormati tetamu. Contohnya, Emak Si Randang melayan tetamu yang datang ke rumahnya.
-          nilai bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Contohnya, Emak Si Randang sepatutnya mengutamakan ahli keluarganya berbanding orang lain.

(v)       Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang. [4M]
Dua persoalan yang terdapat dalam seloka:           
- persoalan mengutamakan orang lain lebih daripada keluarga sendiri. Cth: Emak Si Randang menolong orang lain hingga mengabaikan anak/keluarga sendiri
-   persoalan mengalami kerugian akibat sikap orang yang dibantu tidak mengenang budi. Cth: Emak Si Randang menolong orang sehingga berasnya habis dan banyak hutang 

  (vi)   Nyatakan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka tersebut. [3M]
 Tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka:        
-    nilai bertanggungjawab iaitu menyediakan keperluan, seperti makanan, pakaian
dan sebagainya untuk keluarga
-    nilai rasional iaitu tidak mengabaikan keluarga semata-mata kerana membantu
orang lain
-    nilai berhemat iaitu tidak berbelanja terlalu boros sehingga terpaksa menanggung
hutang
-    nilai baik hati iaitu membantu orang yang memerlukan pertolongan
         -  nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam membuat amalan sedekah

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket