PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

17 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 14

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDlRAN)

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Darl Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil marl diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Soalan berdasarkan petikan

(i)  Nyatakan dua perkara ganjil yang terdapat dalam pantun ini. [2M]
       Dua perkara ganjil:
- Ikan kering lagi ketawa
       - Tupal membaca kitab
       - Duduk termenung harimau tua
       - Kambing mencabut janggut
       - Ikan memanjat kayu 
       - Burung terbang disambar ikan

(ii)  Berikan maksud rangkap pertama pantun di atas. [2M]
-    Maksud: seseorang yang berwajah rupawan/jelita sahaja tidak memadai jika tidak pandai  memasak

*******************************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)

(i) Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu memilih isteri berdasarkan  
       kecantikan semata-mata? [3M]
       Pendapat:
-          kebahaglaan rumahtangga tldak kekal lama
-          urusan rumahtangga akan terabai
-          asuhan anak-anak tidak sempurna
-          suami diabaikan kerana asyik menjaga kecantikan sahaja

*******************************************************************************************
Soalan berdasarkan aspek komsas

(i)  Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam pantun ini.
        Nilai:
-       Kerajinan : Isteri yang rajin menguruskan rumah tangga lebih sempurna daripada isteri yang asyik menjaga kecantikan sahaja.
-          Kebijaksanaan : Kebijaksanaan penting dalam menilai sesuatu perkara yang aneh berlaku di sekelilingnya.
-          Nasihat-menasihati : Golongan wanita dinasihatkan supaya pandai memasak.
-         Merendah diri : Orang yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang dinasihatkan supaya merujuk kepada orang yang lebih arif.
-    Bertanggungjawab : Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
-          Kegigihan : Orang bawahan gigih berusaha untuk mencapai matlamatnya.
-    Rasional : Seseorang yang tidak rasional dalam melakukan sesuatu perkara akan ditertawakan oleh orang lain.

(ii)  Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
        Persoalan:
-        Kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita - Isteri yang cantik dianggap  tidak sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
-     Manusia memang lazim berhadapan dengan peristiwa luar biasa - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan serta ditertawakan orang sahaja
-      Kuasa manusia tidak kekal selama-lamanya - Orang gagah dan kuat akan kehilangan kuasanya juga
-     Kebimbangan terhadap keupayaan orang lain - Orang atasan berasa bimbang akan keupayaan orang bawahannya
-          Keupayaan orang lemah melakukan perkara yang mengagumkan - Perkara pelik apabila orang bawahan berupaya menjatuhkan orang atasan untuk mendapatkan kuasa        

(iii)  Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
  Pengajaran:
-      Kaum wanita hendaklah menguasai pelbagai ilmu dalam menguruskan rumahtangga : Isteri yang cantik dianggap tidak sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
-   Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang jika ingin menunjukkan kepandaian agar tidak mendapat malu / dipandang rendah :   Sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan serta ditertawakan orang sahaja
-     Kita hendaklah menjauhi sikap suka memandang rendah terhadap orang yang lemah kerana mungkin suatu hari mereka akan mengatasi kita : Orang atasan berasa bimbang akan keupayaan orang bawahannya
      -     Kita hendaklah menghormati pihak lain walaupun mereka golongan rendah/     
            golongan bawahan : Perkara pelik apabila orang bawahan berupaya menjatuhkan orang 
            atasan untuk mendapatkan kuasa

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]
Photobucket