16 July 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 13

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang dipaya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.



Soalan berdasarkan maksud:

 (i)  Nyatakan maksud rangkap kedua dalam pantun di atas?  [2M]


  • Maksud rangkap kedua dalam pantun di atas ialah mengikut adat di dunia mereka yang berbudi akan sentiasa di kenang walaupun telah meninggal dunia



(ii) Berikan maksud  ‘nama yang baik tidak tersebut’. [2M]


  • Maksud: Seseorang yang melakukan kebaikan/kebajikan tidak akan dilupakan/akan dikenang/disebut-sebut/diingati



(iii) Berikan maksud ‘resam di dunia’.


  • Maksud ‘resam di dunia’ ialah adat kehidupan.



******************************************************************************
Soalan berdasarkan petikan

(i)     Nyatakan dua kelebihan orang yang berbudi dalam pantun di atas. [2M]
     Dua kelebihan:
     *   Namanya disebut-sebut/dikenang
     *   Meninggalkan nama yang baik setelah meninggal dunia
     *   Namanya disanjung walaupun budinya sedikit
     *   Orang yang makan budi akan terasa seperti berhutang sepanjang hidup

(ii) Nyatakan tiga kepentingan budi yang baik terhadap seseorang. [3M]
  Kepentingan budi yang baik:
  *   menjadi kenangan orang lain
  *   disebut hingga ke mati
  *   dianggap sebagai hutang oleh si penerima budi

*****************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat

(i)  Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini sukar menabur budi       dengan ikhlas? Berikan 3 sebab. [3M]
Pada pendapat saya, masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas adalah kerana ada segelintir daripada mereka bersifat materialistik, iaitu mereka mengharapkan ganjaran setelah menabur budi. Selain itu, ada juga antara masyarakat kini yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh sehingga hilang nilai keikhlasan hati. Sebab lain ialah ada ibu bapa yang tidak menerapkan nilai-nilai keikhlasan hati dalam diri anak sejak kecil lantaran kesibukan kerja menyebabkan masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas.

(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan berbudi  akan sentiasa disanjung    
       tinggi? [3M]
 Pendapat:
*   Dipandang mulia dalam budaya masyarakat Malaysia
*   Dapat  membantu menyelesaikan pelbagai masalah
*   Mendapat pahala
*   Mengeratkan hubungan sesama manusia
*   Disukai orang lain

(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk sumbangan yang dapat  kita          hulurkan kepada masyarakat? [3M]
Pendapat:
  *    Tidak mengganggu ketenteraman orang lain / masyarakat sekitar
  *    Sentisa memberikan kerjasama dalam kerja-kerja amal di kawasan tempat tinggal
  *   Menghulurkan bantuan  sama ada tenaga atau material kepada mangsa-mangsa      musibah / bencana alam
  *    Mencurahkan ilmu kepada masyarakat sekitar
  *    Menderma
  *    Menyumbangkan tenaga / menjadi jurulatih dalam kegiatan sukan

(iv) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak             mementingkan amalan berbudi? [3M]
Pendapat:
*     Mereka mampu  menyediakan semua keperluan untuk diri dan keluarga
*    Mereka mendapatkan pertolongan daaripada sesuatu pihak dengan cara  membayar
      upah
*  Mereka lebih memikirkankan status / taraf untuk memohon pertolongan / budi daripada orang lain
*    Mereka lebih bersikap keakuan / mementingkan diri sendiri

(v)   Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang. [4M]
  Salah satu cara saya membalas budi baik seseorang ialah saya akan mengucapkan 
 terima  kasih supaya dia berasa dihargai. Selain itu, saya akan berdoa agar orang   
berkenaan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

******************************************************************************
Soalan berdasarkan aspek komsas

(i)  Nyatakan persoalan berdasarkan pantun di atas. [4M]
Persoalan berdasarkan pantun:
*    Persoalan orang yang berbudi akan sentiasa dikenang
*   Persoalan mereka yang berbudi akan meninggalkan nama walaupun telah meninggal dunia
*    Persoalan budi yang ditabur tetap menjadi kenangan walaupun sedikit
*    Persoalan budi yang ditabur tidak terbalas walaupun seribu tahun

(Tidak perlu dihuraikan kerana kata kunci soalan ‘Nyatakan’. Bilangan isi berdasarkan markah)


 (ii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini. [4M]
Pengajaran:
*   Kita haruslah mengenang budi kepada orang yang berbudi kepada kita. Nama orang yang berbuat baik akan disebut-sebut orang.
*   Kita haruslah senantiasa berbuat baik supaya dapat meninggalkan nama baik. Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia, orang yang berbuat baik akan meninggalkan nama baik selepas meninggal dunia.
*   Kita hendaklah mengenang budi orang yang menabur budi kepada kita walaupun budi yang ditaburkan itu sedikit. Walaupun budi yang ditabur hanya sedikit namun tetap akan dikenang.
*   Kita wajar berbudi untuk membentuk masyarakat yang berkasih sayang. Berbudi dapat menerapkan kasih sayang yang berpanjangan.

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini. [4M]
Persoalan:
*   Kelebihan berbuat baik kepada seseorang - Nama orang yang berbuat baik akan disebut-sebut orang walaupun sudah meninggal dunia.
*   Budi yang sedikit tetap dikenang - Walaupun budi yang ditabur hanya sedikit namun tetap akan dikenang
*   Budi sangat berharga dalam masyarakat - Berbudi dapat melahirkan masyarakat yang penyayang      

(iv) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini. [4M]
Nilai-nilai murni:
*   Baik hati – Seseorang yang baik hati akan sudi menghulurkan pertolongan terutama kepada orang yang memerlukannya
*   Keikhlasan – Seseorang yang membantu / memberi pertolongan tanpa memikirkan balasan.

*   Mengenang budi – Seseorang yang sentiasa mengingati budi yang ditaburkan dan cubamembalasnya.

No comments :

Post a Comment

[ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ]